Wednesday, November 18, 2009

Koko Dan Teh Hijau

Kedua-dua herba ini baik untuk kawalan emosi namun bagitu teh hijau tidak di berikan kepada ibu yang mengandung sementara koko sebaliknya. Pemberian koko kepada ibu hamil akan memberikan rasa ceria pada hati si ibu dan ini akan mempengaruhi perasaan anak dalam kandungannya. Jika si ibu mengalami tekanan,kesedihan dan kemurungan sewaktu mengandung,anak dilahirkan itu juga akan cenderung kearah itu. Mereka akan jadi pendiam dan suka menyendiri daripada bergaul dengan masyarakat.
Koko radix merupakan minuman yang memberikan keseimbangan emosi termasuk kepada orang lelaki atau anak-anak kecil. Oleh sebab itu koko menjadi salah satu tanaman yang bernilai tinggi terutama dalam situasi dunia yang sedang tegang dengan permasalah semasa. Teh hijau juga mempunyai bahan antioksidan bagi mengelakan belakunya pengaratan dalam tubuh dimana tubuh terdedah kepada penyakit akibat dari lemahnya semua system tubuh badan. Amalan meminum koko dan teh hijau merupakan langkah kehadapan bagi mengelakan diri dari pelbagai penyakit yang kronik.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

No comments:

Post a Comment