Monday, November 16, 2009

Meningitis

Salah satu soalan yang mungkin akan ditanya ialah tentang Meningitis kerana wabak ini kini dikatakan menular di negeri ini.Apakah meningitis? Ia merupakan peradangan di selaput otak dan tulang belakang yang mungkin disebabkan oleh virus,bakteria ataupun mikrob yang lain.Ia juga boleh disebabkan oleh sebahagian ubatan kimia.Tanda-tandanya seperti:-
1. demam
2. sakit leher
3. sakit kepala
4. kecelaruan
5. muntah-muntah
6. sensitif kepada cahaya dan bunyi
Perubatan moden akan memberikan antibiotik atau anti viral dan kadangkala diberikan dengan steroid.Dalam pengubatan herba,perkataan "tis" itu menunjukan peradangan dan sesuatu yang radang berpunca dari kepanasan dari sifat api atau sifat angin.Penawarnya ialah dari unsur sejuk sebagai anti peradangan. Namun bagitu peradangan itu dilihat berlaku dimana? oleh kerana peradangan ini berlaku di otak maka bahagian herba yang berkesan itu mesti datang dari buah,biji,daun atau bunga.Kembali kepada "doktrin of signature" yang menjadi pengecaman tepat menentukan ubat maka pegagalah yang paling sesuai dibandingkan dengan herba yang lain.Teh herba mengandungi 100% pegaga yang boleh dijadikan minuman bagi membantu menguatkan tubuh badan kepada orang yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati dan cadangan saya kita menjadikan minuman teh herba sebagai minuman harian sebagai langkah pencegahan.Namun bagitu jika terdapat tanda-tanda seperti berikut hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ia bersifat acute (cepat bertindak) sementara kelebihan herba tidak dapat mengejar serangan virus yang bagitu cepat.Jangan biarkan masa seminitpun tanpa rawatan kerana penyakit ini boleh membawa kepada kematian.Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak ini dan kita memilih tindakan pencegahan sebelum terkena wabak tersebut.Amin.
#Posted by jawimedherb

No comments:

Post a Comment