Tuesday, November 17, 2009

Pegaga Dan Otak

Daun pegaga tak ubah seperti dua hemisfera otak,iaitu otak kanan dan otak kiri. Ini bererti otak juga diciptakan tuhan berpasangan. Namun bagitu otak juga mempunyai arus eletrik seperti jantung dan dapat disukat dengan alat elektroensefalograf (EEG).
Dalam dunia pengubatan herba , persamaan bentuk juga diambil kira bagi menentukan bahagian tubuh yang hendak diubati. Ini akan membawa maksud pegaga merupakan herba yang baik diberikan untuk kesihatan di otak. Ia termasuklah bagi peningkatan IQ (hafalan dan pemahaman)terutama kepada para pelajar. Secara umumnya herba yang baik di otak mempunyai pengaruh kepada jantung,kulit dan organ reproduktif.
Penyakit yang pernah saya rawat menggunakan pegaga ialah sawan tarik,pendarahan dan menghilangkan pembekuan darah di otak.Oleh kerana pegaga termasuk herba diuretic, banyak testimony yang diterima ,ia juga memecahkan batu karang dalam pundi kencing, demam panas (campur gula batu),rawatan liver termasuk hepatitis dll.
Di HPA pegaga di tanam tanpa kimia bagi mengelakan keracunan dan khasiatnya lebih terpelihara.
#Posted by jawimedherb

No comments:

Post a Comment