Friday, November 13, 2009

Pokok Beremi dan Teh Serai

Hari ini ada berita tentang pokok beremi dalam Utusan malaysia atau dikenali sebagai pokok sembilang"Pokok ini mempunyai rupa yang sama seperti pokok urang aring atau pokok kermak itik namun ia tumbuh ditepi laut bukan di tanah kebun.Ia termasuk dalam jenis herba sejuk yang memberi kesan "expectorant" iaitu peluruh kahak.Baik untuk paru-paru terutama mereka yang menghisap rokok.Kahak yang mengental membaluti paru-paru menyebabkan penafasan terganggu.Bila oksigen tidak dapat diambil sepenuhnya ia akan menyebabkan batuk,penat,sakit kepala dan sakit sendi.Terima kasih pada badan pengurusan Persatuan Nelayan Kuala kedah yang telah bersedia membekalkan pokok beremi pada HPA untuk diedarkan.HPA mengedarkannya dalam bentuk jeruk dimakan bersama nasi.Ia juga menjadi penyedap makanan.Selain daripada pokok beremi serai juga mempunyai kesan "expectoran"yang berkesan.HPA juga mengeluarkan teh serai untuk orang yang batuk berlendir.
#Posted by JawiHerbShop

No comments:

Post a Comment