Wednesday, November 18, 2009

Pucuk Betik Dan Spirulina

Dari segi persamaan kedua-dua herba ini digunakan bagi memperbanyakan susu ibu terutama ketika lepas bersalin. Pucuk betik direbus hingga mendidih dan minum pagi dan petang sementara spiruna sudah tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair. Spirulina boleh digunakan bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin. Selain ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi ia juga mengelakan daripada sembelit. Banyak ibu-ibu yang bersalin mengalami masalah sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul besi dihospital. Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari hari dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak. Spirulina merupakan makanan yang paling advance buat masa kini untuk tujuan tersebut dan rugilah bagi mereka yang masih tidak tahu tentang hal ini.
#Posted by JawiHerbShop

No comments:

Post a Comment