Showing posts with label ILmU. Show all posts
Showing posts with label ILmU. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Warna Urin

Urin dalam tubuh dapat ditentukan mengikut warnanya. Jika warnanya kuning kemerah-merahan menandakan keadaan tubuh yang kekurangan air dan jika warnanya jernih pula menandakan sudah berlaku kelebihan air.Warna urin yang elok ialah kuning muda.Disinilah pengukuranya yang dibuat bagi mengamalkan program detox air 2. 5 liter sehari. Disamping itu terdapat 2 jenis air yang digunakan bagi kes dehidrasi yang teruk iaitu air asam jawa dan air roselle.Kekurangan dan kelebihan air akan menyebabkan sesak nafas,oleh itu warna urin perlu dilihat bagi menentukan kadar air yang cukup dalam tubuh.
#Posted by jawimedherb

Hujung Jari Runcing

Hujung jari yang runcing memang nampak cantik seperti tombak serai. Namun bagitu dari segi kajian genetik herbalogi pula ia membawa makna pewarisan kepada penyakit kencing manis atau darah tinggi. Elok kita mengambil langkah pencegahan apatah lagi jika ahli keluarga telah mempunyai rekod penyakit tersebut.Anda tidak boleh mengubah bentuk jari anda tetapi anda boleh merubah kepada gaya hidup anda. Ini yang lebih penting supaya kelemahan genetik yang ada pada anda tidak menjadi penyakit yang kronik. Pencegahan itu lebih mudah dan murah dibandingkan dengan pengubatan.Darah tinggi dan kencing manis boleh mengundang penyakit berangkai seperti peluru pemusnah berangkai yang memusnahkan semua fungsi tubuh.Amalkan pengambilan plantisol dan teh herba berterusan dan herba memberi perawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Kaedah Pengecutan

Terdapat dua cara bagaimana menghilangkan sesuatu ketumbuhan di kulit iaitu:-
1. Pengecutkan
2. Pemasakan dan pemecahan
Pengecutan lebih baik kerana ia tidak melibatkan darah yang dikeluarkan.Jika kaedah pemasakan dipilih bukan hanya darah malah nanah juga akan turut keluar dalam masa yang agak lama.
Kaedah pengecutan menggunakan pelbagai herba yang “serasi” dengan sesuatu penyakit.Serasi atau tidak diukur dengan rasa iaitu jika pesakit merasa sejuk seperti diletakan ketulan ais menunjukan ia serasi atau sesuai dengan herba tersebut.
Herba-herba untuk pengecutan:-
1. Naga buana
2. Sisik naga
3. Tanah liat putih
4. Akar mertajam
5. Ubi bemban/ubi garut – Indonesia
6. Semalu gajah
7. Akar raya putih/akar pokok sepatu putih
8. Akar pokok kaki merpati
9. Bedak sejuk/bedak dingin- ind
Herba untuk pemecahan pula biasa digunakan cendawan susu harimau dan herba-herba yang lain.
#Posted by jawimedherb

Buku Yoga dan Solat

Sekali lagi kita terpanggil bagi menjelaskan bahawa Yoga bukan solat dan solat bukan Yoga.Matlamat ketenangan dalam yoga tidak boleh disamakan dengan sakinah daalam solat.Yoga adalah ajaran atau aliran kejiwaan hasil yang diterap dari kepercayaan hindu.Mereka mendakwa bahawa dengan meditasi mereka berjaya mendapatkan alfa frekuasi iaitu tahap gelombang otak berada pada detik yang sangat relax dan kebahagian jiwa dapat dinikmati.Hal ini merupakan satu proses "ghurur" tipudaya syaitan dalam menyesatkan manusia dengan menjadikan rasa bahagia setelah pengamalnya meninggalkan sunnah dan Al-Quran.Orang Islam yang mengikutinya juga turut terperangkap dalam situasi sihir syaitan ini.Sebenarnya bukan hanya pada yoga yang terdapat proses ghurur ini tetapi juga berlaku kepada aliran sufism yang telah terkeluar dari sunnah nabi.Pendakwaan memiliki kelebihan yang pelbagai merupakan pintu ghurur yang pertama.Murid dibawa kearah merasa takjub pada guru bukanya kepada ajaran Islam.Ucapan guru dianggap keramat dan tidak boleh di tentang kerana akan mengundang bencana.Akhirnya gejala ini menjadi aqidah yang sangat tebal dan bagitu sukar untuk dibetulkan lagi.Semua orang boleh mendakwa mereka benar tetapi ukuranya mestilah kepada sunnah dan Al-Quran.Semoga warga HPA terhindar dari gejala ini.Amin.
#Posted by jawimedherb

Tidak Fokus Punca Stress

Ketegangan berlaku apabila fikiran tidak focus kepada persiapan bertemu dengan Allah sebaliknya paling sibuk memikirkan tentang dunia yang sementara.Dari sini ketenangan akan hilang dari dalam tubuh seperti hilangnya cahaya apabila masuknya kegelapan.
Kegelapan itu akan menghadkan pada akal untuk keluar dari belitan kehendak dan nafsu miskipun dia sedar bahawa hidup ini merupakan perjalanan yang pendek dalam detik yang sangat terbatas.Kegelisahan ini terkumpul dan akhirnya sukar dikeluarkan dengan apa jua jalan pengubatan.Lebih-lebih lagi jika pengubatan itu hanya bertumpu pada sehat fizikal sahaja.Bagaimana tekanan boleh dihilangkan?
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan ketenangan tetapi bukan kebaikan yang dicapai malah tubuh semakin lelah dan aqidah semakin punggah.Hanya ada satu jalan sahaja....bukan dua dan bukan tiga.
Firman Allah
”Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang”

Mengingati disini bukanya duduk berzikir 24 jam diatas sejadah tetapi menjadikan semua urusan hidup bermatlamatkan kerezaan Allah.Di posisi mana kita berada kiblatnya ialah kerezaan Allah.Sakit dan sehat kedua-duanya perlu diusahakan agar mendapat kerezaan Allah.Contuhnya ialah Rasullullah saw ,para sahabat dan orang-orang yang telah mewakafkan seluruh hidup dan matinya untuk Allah.Jika anda masih belum lagi sohih samada berada diatas jalan yang benar atau tidak segerakanlah berdoa agar Allah membuka pintu hidayah bagi mendapat pilihan yang satu lagi yakin .Pilihan ini akan menentukan anda akan stress atau tidak,bahagia atau derita.
#Posted by jawimedherb

Air Dalam Tubuh

Kebiasaanya mereka yang mengamalkan herba yang bersifat diuretic perlukan air yang banyak setiap hari.Paling kurang 8 gelas hingga 12 gelas(2-2.5 liter)Namun bagitu jika berlaku oliuria (kencing kurang) pengambilan air yang banyak juga mengakibatkan paru-paru akan dimasuki air.Petanda awal dapat dilihat dimana poket water dibawah mata akan membengkak,penat bila berjalan dan lain-lain lagi.
Keadaan ini sebenarnya satu tanda kerosakan buah pinggang akibat daripada pengambilan ubatan kimia yang berterusan.Pada ketika ini air mesti dikurangkan dan pengambilan herba dalam bentuk larutan lebih baik.Bentuk larutan ialah dengan kaedah membuka kapsul atau air rebusan(akar kayu).
#Posted by jawimedherb

Minyak Murah

Jangan membeli minyak masak murah yang dijual di pasar-pasar sehari.Minyak itu telah digunakan kemudian ditapis dan dimasukan bahan kimia bagi menukarkan warnanya kewarna asal minyak.Minyak ini sebenarnya menjadi sangat beracun(karsinogen)malah kemungkinan bercampur dengan minyak yang digunakan untuk memasak makanan yang haram.Mereka yang mempunyai ketumbuhan,kencing manis dan lainya akan menjadi teruk apabila diteruskan pengambilan minyak sehari-hari.
Dalam Pengubatan Melayu ada meletakan pantang orang yang ada barah mengambil makanan berminyak.Malah melarang memasak makanan dalam rumah dengan menggunakan minyak.
#Posted by jawimedherb

Pork MIxtrad 30 dan daun Bongor

Pork Mixtrad 30 ialah sejenis Insulin yang digunakan kepada pesakit kencing manis yang diambil daripada penkreas babi.Ia juga dikenali sebagai porcine Insulin.Pesakit kencing manis jenis yang pertama(type 1) akan menggunakan insulin ini seumur hidup.
Sampai bilakah kita akan menggunakan sumber yang haram ini sebagai ubat? kajian pengubatan yang lebih serious perlu dilakukan bagi mencari dan menghasilkan ubat-ubatan daripada sumber yang halal.Dalam keadaan kritikal kita terpaksa menerima juga insulin ini bagi menjaga kemudaratan yang lebih besar.
Persoalannya,apakah Allah yang mencipta penyakit tetapi tidak menyiapkan ubat dari sumber yang halal? Bukankah Rasullulah saw bersabda dengan maksud yang jelas bahawa Allah tidak mencipta ubat dari sumber yang haram.
Marilah kita memulakan pencarian ubat yang halal menggantikan porx Mixtrad ini.Salah satu herba yang telah dikenal pasti ialah daun Bongor yang menghasilkan 6.6 unit plantisol yang mempunyai aktiviti kimia sama seperti insulin.Mudah-mudahan herba ini akan menjadi pilihan disuatu hari nanti.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Friday, November 13, 2009

Medan Besi Khursani

Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah.Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan.Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah.Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk kakitanganya.Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam.Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang,otak dan jantung.Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi.Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani?Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa ,besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet(besi berani) sama seperti besi yg lain.Sekali-kali jangan dikaitkan besi ini dengan tujuan ajaib yang lain kerana kepercayaan bagini boleh membawa kepada syirik.
#Posted by jawimedherb

Wafak,Yoga dan Gambar

Berhubung dengan isu "Wafak" yang telah dibangkitkan dan pendirian HPA dalam persoalan ini telah jelas dinyatakan.Jika masih ada lagi perbahasan, saya ingin menyatakan bahawa HPA memilih jalan yang paling jelas bagi urusan-urusan yang terlibat dengan aqidah.Penggunaan wafak benar-benar mrengelirukan umat Islam terutama bagi mereka yang lemah imanya.Sikap berkecuali dalam urusan yang berkaitan aqidah ini tidak menguntungkan ummat Islam apatah lagi disaat negara yang sedang mengalami krisis ekonomi.Bila persoalan ini ditanya kepada Dato Dr Harun Din,beliau menjawab wafak boleh membawa kepada syirik kerana dibimbangi ia menjadi sebahagian dari tangkal yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw.Selain daripada wafak terdapat kepercayaan dengan mengantungkan gambar sesaorang dipercayai boleh mendatangkan rezeki kepada sesuatu peniagaan(pelaris).Ada golongan yang menyatakan hal ini tidak perlu diperbincangkan tetapi bagaimana hati dan perasaan anda bila melihat lebih 50% kedai-kedai makan terutama di Kedah yang mengantungkan gambar-gambar tertentu dengan tujuan pelaris.Mereka mewarnakan gambar hitam putih seorang tokoh kemudian beriktikad bahawa larisnya peniagaan mereka kerana gambar tersebut.Kalau Yoga difatwakan haram kepada orang Islam bagaimana pula kepercayaan tentang urusan rezeki yang ada pada sekeping gambar?Mudah-mudahan majlis ugama Islam Negeri dapat membetulkan pegangan Umat Islam yang semakin terpesong.
#Posted by jawimedherb

Tekanan Jiwa

Tekanan jiwa merupakan salah satu penyakit yang ada hubungan dengan faktor kerohanian .Akibat dari masalah spiritual yang lemah menyebabkan belaku riaksi imbalance horman dalam tubuh badan.Pesakit sukar untuk tidur pada malam hari dan kadangkala sampai diperingkat ingin membunuh diri.Biasanya pesakit diberi ubat penenang bagi mendapatkan kerehatan dan supaya tidak menjadi aktif.Seperti diatas keadaan ini berlaku kerana masalah spiritual yang lemah oleh itu bagi memperbaiki keadaan hormon tersebut hendaklah memperkuatkan kembali amalan-amalan kerohanian seperti zikir,bacaan quran,majlis ilmu,banyakkan istifar,salawat dan doa.Amalan-amalan ini ada diterapkan dalam program PBC khusus bagi membina semangat hidup baru bersama HPA.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Thursday, November 12, 2009

Hamil Dan Jantina Anak

Ibu yang hamil tetapi suka makan makanan yang masam cenderong mendapat anak perempuan.Bagitu juga yang selalu berlaku demam pagi keberangkalian anak perempuan juga bagitu tinggi.Kesemua ini merupakan pengaruh hormon pada anak tersebut.Ibu yang mengandung anak lelaki agak sukar melangkah jauh kaki kanan kerana anak lelaki biasanya cenderong menghimpit ke kanan dan sebaliknya pada anak perempuan.Pengambilan kopi radix juga menjadikan anak lelaki lebih ramai dari wanita denga nisbah 4: 1Namun perlu diingatkan bahawa semua yang kita lakukan adalah dengan Izin dari Allah swt.Dia lah yang menentukan jantina anak tersebut samada lelaki atau perempuan.
#Posted by jawimedherb

Aura

Dari mana datangnya perkataan aura? Dari penganut ugama budha terutama yang percaya dengan kuasa batu seperti batu jade dan sebagainya.Akhirnya perbincangan aura dikaitkan dengan warna yang ujud pada tubuh badan manusia.Warna ini akan berubah apabila dikenakan batu pada tubuh.Aura digunakan meluas bagi membayangkan keadaan negatif (buruk) atau positif(baik)pada sesaorang.Persoalanya aura bukan sahaja pada perasaan tetapi ia akan membawa kepada kepercayaan bahawa pelbagai kaedah boleh digunakan bagi membetulkan aura seperti pemakaian batu dalam bentuk kalung dan gelang,meditasi seperti Yoga,Reiki dan pelbagai kaedah lain yang bercanggah dengan Islam.Terdapat satu istilah yang lebih tepat digunakan oleh orang Islam iaitu "Warid".Warid ini hasil daripada wirid(amalan zikir yang berterusan)meujudkan kejernihan dan ketenangan hati "sakinah".Tidak sama dan tak mungkin boleh dibandingkan antara aura dengan cahaya Rabani Allah yang esa.Oleh sebab itulah berhati hati dengan istilah aura kerana sandaran aura ini kepada benda dan latihan kerohanian yang mensyirikan Allah.
#Posted by jawimedherb

Gangreen Pesakit Kencing Manis

Orang yang ganggren tidak boleh makan buah dokong atau langsat.Kalau mengambil buah-buahan ini akan menyebabkan seluruh daging menjadi pecah dan darah akan keluar pada tempat ganggren (tangan atau kaki).Herba yang terbaik ialah pokok benalu yang tumbuh diatas pokok jering.Di rebus 200gm dalam air 2 liter hingga mendidih.Minum setiap hari hingga tempat ganggren tadi menjadi sembuh,InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Beras Perang

Beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya,merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan.Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.Kelebihan beras perang
1. Mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. Mengekalkan berat badan yang ideal
3. Mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
4. Menurunkan kolesterol dalam badan
5. Baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. Mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

D Det

Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu Jantung,kencing manis,Darah Tinggi dan buah pinggang.Namun bagitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 .Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.D det juga baik untuk arthritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun bagitu pehak saya mencadangkan pengambilan set lengkap 3 D terus bagi mempercepatkan kesembuhan.InsyaAllah
#Posted by jawimedherb

Herba Untuk Afrodisiac

Apa sahaja yang dinamakan herba khas untuk Afrodisiac(menambah gairah sex) tidak akan dapat berfungsi dalam tempoh masa yang cepat.Viagra tidak boleh di katogorikan dalam istilah herba kerana ia telah diproses melalui tindak balas kimia sintatik.Walaupun pada asalnya daripada herba untuk tekanan darah tinggi atau jantung.Akhir-akhir ini ada syarikat yang mendakwa mengeluarkan coklat herba untuk afrodisiac .Ramai pengguna yang telah mencuba dan katanya sangat berkesan.Syarikat yang tidak jelas ini mengaut keuntungan dari kehendak pelanggan yang tak putus putus.Peniagaan yang hanya bercerminkan wang semata-mata tidak akan mengambil kira tentang kesan sampingan kepada pengguna asalkan mereka percaya dengan perawatan tersebut.Kementerian Kesihatan hari ini telah bertindak mengharamkan ubatan tersebut kerana mengandungi bahan kimia bahaya namun bagitu bagitu saya rasa tindakan KKM sangat lambat dalam menaggapi isu-isu bagini menyebabkan ribuan orang yang sudah menggunakan bahan bahaya ini.Pengguna sepatutnya sedar kerana hal ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita dan ingatlah bahawa herba bukan peluru ajaib yang dapat bertindak dalam tempoh masa yang sangat singkat.Ingatlah......
#Posted by jawimedherb

Rambutan dan Durian

Buah-buahan merupakan salah satu dari herba yang menyehatkan badan jika diambil betul dengan masanya.Ini sangat bergantung dengan musim.Bagitu juga dengan rawatan seperti bekam sangat sesuai dengan musim panas dan madu pula sesuai dengan musim sejuk.Buah-buahan yang keluar diluar musim tidak boleh di ambil banyak sebab ianya akan bercanggah dengan panas atau sejuk pada ketika itu.Buah Rambutan bersifat sejuk pada tahap pertama,jika diambil oleh orang yang demam akan bertambah demamnya.Orang yang demam panas perlu diberikan herba yang dapat mengeluarkan kepanasanya tidak boleh diberikan dengan herba sejuk tahap pertama.Daun rambutan pula boleh dijadikan herba jaram untuk orang yang demam panas.Buah Durian pula bersifat panas jika diberikan kepada orang yang panas akan bertambah-tambah panasnya.Buah durian yang di makan selepas pengambilan herba tongkat Ali boleh menyebabkan demam atau orang yang ada ulser menjadi pedih perut dan sebagainya.Namun bagitu jika berlaku sebarang tindakbalas berhubung dengan keracunan buah-buahan ,ubi kayu,makanan beracun,boleh gunakan shark cartilage sebagai penawarnya.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Timbul Riaksi Elergi Lepas Mengambil Madu

Percayalah...madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran .Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar.Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah.Guna madu bersama herba lain,insyaAllah berkesan.Jika terdapat gatal gatal ambil madu dengan corcinium dan omega 3.Kencing Manis pula madu dengan plantisol sangat baik untuk mereka yang mengalami impotensi kerananya.Kesemua sinergi dengan madu lebah perlu dibukakan kapsul terlebih dahulu.Jika berlaku alergi teruskan pengambilan madu dan jangan berhenti sehingga sembuh.InsyaAllah
#Posted by jawimedherb

Mimpi Buruk

Mimpi buruk boleh terjadi juga daripada keujudan heavy metal dalam darah terutama dalam saluran darah dikepala.Ianya datang dari makanan,asap,tampalan gigi,vaksin dan pelbagai lagi yang sukar untuk dielakan.Bagaimana menghilangkan heavy metal ini?Menggunakan sejenis herba yang di namakan deep cleansing disamping pengambilan teh herba dan omega 3.Kita mempunyai banyak pengalaman membuat perawatan kepada heavy metal dan berlaku kesembuhan dengan izin Allah.Termasuk anak-anak yang autis juga kerana kadar mercury yang tinggi dalam darah.
#Posted by jawimedherb