Kaca Beling atau pecah kaca merupakan sejenis herba yang akan digunakan oleh HPA dalam penghasilan teh ELG/minuman ELG.Herba ini merupakan herba diuretic yang akan
membanyakan pembuangan air kecil .Manafaat daripada teh ELG ialah:
1. Resdung/sinusitis
2. Darah tinggi
3. Pecah batu karang
4. demam
5. Sakit sendi.
5. Mengecilkan ketumbuhan.
Produk ini akan segera berada dipasaran mlm
InsyaAllah
#Posted by jawimedherb
Friday, November 13, 2009
Penyakit Kencing Manis
Penyakit ini merupakan satu penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya jika tidak ia akan menjadi silent killer.Selain daripada ubatan herba seperti plantisol,teh herba ,habatul saudak,Vitex,teh tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan,penyakit KM ini sangat tergantung kepada dua faktor iaitu:-
1. pemakanan
2. kerehatan.
Elakan daripada pengambilan nasi putih,gula putih,roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dll.Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin(pemanis buatan) yang tinggi.Orang yang ada KM memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun.Orang yang belum ada penyakit KM juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit KM jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat.Herba terus diamalkan istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.
#Posted by JawiHerbShop
1. pemakanan
2. kerehatan.
Elakan daripada pengambilan nasi putih,gula putih,roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dll.Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin(pemanis buatan) yang tinggi.Orang yang ada KM memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun.Orang yang belum ada penyakit KM juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit KM jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat.Herba terus diamalkan istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.
#Posted by JawiHerbShop
Sabun Clay
Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi.Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi.Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini.Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna.Insyaallah.Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb
#Posted by jawimedherb
Medan Besi Khursani
Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah.Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan.Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah.Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk kakitanganya.Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam.Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang,otak dan jantung.Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi.Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani?Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa ,besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet(besi berani) sama seperti besi yg lain.Sekali-kali jangan dikaitkan besi ini dengan tujuan ajaib yang lain kerana kepercayaan bagini boleh membawa kepada syirik.
#Posted by jawimedherb
#Posted by jawimedherb
Wafak,Yoga dan Gambar
Berhubung dengan isu "Wafak" yang telah dibangkitkan dan pendirian HPA dalam persoalan ini telah jelas dinyatakan.Jika masih ada lagi perbahasan, saya ingin menyatakan bahawa HPA memilih jalan yang paling jelas bagi urusan-urusan yang terlibat dengan aqidah.Penggunaan wafak benar-benar mrengelirukan umat Islam terutama bagi mereka yang lemah imanya.Sikap berkecuali dalam urusan yang berkaitan aqidah ini tidak menguntungkan ummat Islam apatah lagi disaat negara yang sedang mengalami krisis ekonomi.Bila persoalan ini ditanya kepada Dato Dr Harun Din,beliau menjawab wafak boleh membawa kepada syirik kerana dibimbangi ia menjadi sebahagian dari tangkal yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw.Selain daripada wafak terdapat kepercayaan dengan mengantungkan gambar sesaorang dipercayai boleh mendatangkan rezeki kepada sesuatu peniagaan(pelaris).Ada golongan yang menyatakan hal ini tidak perlu diperbincangkan tetapi bagaimana hati dan perasaan anda bila melihat lebih 50% kedai-kedai makan terutama di Kedah yang mengantungkan gambar-gambar tertentu dengan tujuan pelaris.Mereka mewarnakan gambar hitam putih seorang tokoh kemudian beriktikad bahawa larisnya peniagaan mereka kerana gambar tersebut.Kalau Yoga difatwakan haram kepada orang Islam bagaimana pula kepercayaan tentang urusan rezeki yang ada pada sekeping gambar?Mudah-mudahan majlis ugama Islam Negeri dapat membetulkan pegangan Umat Islam yang semakin terpesong.
#Posted by jawimedherb
#Posted by jawimedherb
Chikungunya
Sekali lagi perbincangan tentang penyakit ini menjadi isu dan saudara boleh membaca tulisan saya yang telah lalu berhubung dengan masalah ini.Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan Malaria ini juga boleh diterapi dengan menggunakan habatulsaudak kerana habatulsaudak terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya.Habutusaudak juga sangat baik untuk batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama minyak zaitun.Jika ditambah sinerginya lagi dengan madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc(masalah tulang belakang)Dalam buku 13 kaedah detox ianya termasuk dalam kaedah pengubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah saw merujuk kepada beberapa hadis-hadis tertentu.
#Posted by jawimedherb
#Posted by jawimedherb
Kulat Susu Harimau
Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar.
#Posted by jawimedherb
#Posted by jawimedherb
Subscribe to:
Posts (Atom)
