Monday, November 16, 2009

Pork MIxtrad 30 dan daun Bongor

Pork Mixtrad 30 ialah sejenis Insulin yang digunakan kepada pesakit kencing manis yang diambil daripada penkreas babi.Ia juga dikenali sebagai porcine Insulin.Pesakit kencing manis jenis yang pertama(type 1) akan menggunakan insulin ini seumur hidup.
Sampai bilakah kita akan menggunakan sumber yang haram ini sebagai ubat? kajian pengubatan yang lebih serious perlu dilakukan bagi mencari dan menghasilkan ubat-ubatan daripada sumber yang halal.Dalam keadaan kritikal kita terpaksa menerima juga insulin ini bagi menjaga kemudaratan yang lebih besar.
Persoalannya,apakah Allah yang mencipta penyakit tetapi tidak menyiapkan ubat dari sumber yang halal? Bukankah Rasullulah saw bersabda dengan maksud yang jelas bahawa Allah tidak mencipta ubat dari sumber yang haram.
Marilah kita memulakan pencarian ubat yang halal menggantikan porx Mixtrad ini.Salah satu herba yang telah dikenal pasti ialah daun Bongor yang menghasilkan 6.6 unit plantisol yang mempunyai aktiviti kimia sama seperti insulin.Mudah-mudahan herba ini akan menjadi pilihan disuatu hari nanti.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Friday, November 13, 2009

Kencing Manis,Hati Dan Buah Pinggang

Perlu diingatkan dalam perawatan kencing manis kita bukan sahaja berusaha menurunkan glukos dalam darah tetapi perlukan perawatan bersepadu kepada organ-organ yang lain seperti hati dan buah pinggang.
Bagi mengelakan kerosakan buah pinggang kita menggunakan Alac/malac disamping penggunaan teh herba untuk penjagaan hati.Bila kedua-dua organ ini rosak pengubatan herba sukar dilakukan.Pesakit boleh diserang dengan teruk malah akan menyebabkan kerosakan total seluruh badan.
#Posted by jawimedherb

Minyak VCO

Minyak ini dihasilkan tanpa pemanasan tetapi melaui kaedah “minyak pancing minyak”.Minyak asli VCO dimasukan dalam santan dan dibiarkan beberapa lama.Kesanya ,santan akan bertukar bentuk menjadi minyak yang dikenali sebagai minyak VCO.Kelebihan yang ketara ialah untuk perawatan tairod dengan pengambilan VCO dalam bentuk soft gel (2 x 3) selama 3- 6 bulan disamping kapsul senggugut (3 x 3).Minyak VCO juga boleh memberikan tenaga segera selepas 10 minit mengambilnya.Ia juga dapat digunakan sebagai antibiotic kepada kanak-kanak demam disamping memperbaiki pencernaan
#Posted by jawimedherb

Minuman Roselle

Lukimia boleh disembuhkan dengan teh roselle.Sudah banyak penelitian menunjukan kesan positif herba ini dengan pesakit kanser darah(lukimia) walaupun kesan kesembuhannya akan berlaku secara beransur-ansur.IRoselle digunakan diseluruh dunia dan terdapat persamaan data terhadap kesannya kepada penyakit lukimia.
Saya juga percaya ianya baik digunakan untuk penyakit-penyakit yang ada hubungan dengan darah seperti darah tinggi,kurang darah,telesemia,Lukimia dan hemofelia.Walaupun kita masih belum mempunyai data-data yang menyokong kuat tetapi beberapa kes awal yang sembuh cukup memberi harapan kepada penyakit diatas.
Warna roselle juga seperti darah merah yang sangat terang walaupun dimasukan dengan air sejuk.(jangan menggunakan air panas kepada teh roselle).Penggunaan air panas akan memusnahkan khasiat teh roselle.
#Posted by jawimedherb

Hidung Tersumbat

Masalah hidung tersumbat boleh diatasi dengan garlic dan teh serai.Sinergi ini mempunyai kesan “ekspectoran”pencair kahak dan sangat baik bagi mereka yang batuk .Kesan adanya kahak itu menjadikan pesakit penat dan susah bernafas.Herba ini juga akan mengawal pengeluaran lendir dari rongga hidung,bersin-bersin yang mengakibatkan masalah resdung.
Serai yang biasa digunakan ialah serai kampung bukanya serai wangi kerana serai wangi mengandungi minyak sari yang banyak dan boleh menyebabkan berlakunya iritasi dalam perut.
#Posted by jawimedherb

Periksa Gigi Dahulu

Amalgam ialah tampalan gigi yang boleh menyebabkan keracunan kerana ia mengandungi mercury. Apabila tampalan itu pecah keracunan mercuri akan mengakibatkan kemandulan,keracunan darah,sakit seluruh tubuh,kaku sendi,pelupa,sukar tidur waktu malam,fikiran terganggu dan lain-lain lagi.Amalgam juga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing dan pesakit mendengar suara seperti orang berbisik.
Kaedah yang mudah bagi membuang logam berat ini ialah menggunakan deep C dalam bentuk air(sangat pahit) atau boleh juga dalam bentuk kapsul(produk baru).Disamping itu ia juga boleh disinergikan dengan omega 3,herba tuju angin,pelawas dan teh sepang.
Kesan amalgam juga boleh menjadikan sesaorang itu hilang kawalan diri dan mengalami tekanan perasaan.Dalam pengubatan Melayu pula mereka mengaitkan dengan gangguan makhluq halus kerana penyakit ini tidak dapat dikesan oleh doctor.Jika ada orang yang mempunyai penyakit seperti diatas sebaiknya periksalah dahulu giginya kerana kemungkinan ada tampalan amalgam yang telah pecah .
#Posted by jawimedherb

Herba-Herba Untuk Prostat

Bila prostat membengkak ia akan menjadikan saluran kencing tertutup.Air kecil sukar dikeluarkan dan pesakit akan terasa kesakitan yang amat sangat.Terapi di hospital ialah menggunakan tiup yang dimasukan melalui saluran kencing.Prostat yang asalnya hanya 8 gm kini membesar menjadi 100 gm.Jika peradangan ini dibiarkan ia akan menjadi kanser dan merbahaya.
Bila berlaku pembengkakkan prostat jauhi makanan berlemak dan daging.Makanan yang bergoreng dengan minyak juga perlu dijauhi dan lakukan riadah di waktu petang.Tekanan juga boleh menyebabkan pembengkakkan prostat .
Herba utama yang dicadangkan ialah shark cartilage(buka 2 kapsul,masuk dalam gelas di bancuh bersama air suam 3 kali sehari).
Selain daripada itu boleh menggunakan produk HPA yang lain seperti :-
1. Grapeseed oil soft gel
2. Minyak zaitun soft gel
3. Flaxseed oil soft gel
4. Omega 3 soft gel
InsyaAllah masalah prostat boleh diatasi dengan berkesan.
#Posted by jawimedherb