Monday, November 16, 2009

Kencing Manis dan Spirulina

Salah satu keistimewa yang ada pada spirulina ialah kerana ia tiada dinding selulus yang tebal.Bagi pesakit kencing Manis ia sangat bermanafaat kerana ia dapat memberikan tenaga segera walaupun dengan keadaan insulin yang sangat kurang.Selain tidak menjadikan pesakit kencing manis letih dan lesu ia juga didapati melindungi sel hati dari rosak.Jika liver telah rosak ia akan menjadikan tubuh tidak boleh menapis bahan beracun pada badan mengakibatkan darah juga menjadi kotor.Buah pinggang juga akan rosak dan akan berlaku keadaan air yang tinggi dalam darah.Penafasan akan menjadi cepat dan orang tersebut menjadi penat.Keadaan boleh jadi semakin serious dimana pesakit akan pengsan dan dimasukan ke ICU.
#Posted by jawimedherb

Kencing Manis dan Alac

Organ yang akan terus rosak bila ada kencing manis ialah buah pinggang.Oleh sebab itu penjagaan buah pinggang perlu dilakukan segera sama penting dengan penjagaan gula dalam darah.Herba yang penting digunakan untuk itu ialah
1. Akar lalang 2. Akar buluh 3. Akar teming
Ketiga tiga akar tersebut memang telah diakui keberkesananya dalam pembersihan buah pinggang.Ubat periuk(alac) mestilah di didihkan dalam periuk tanah.Rendam selama 30 minit dahulu sebelum mendidihkanya .Mereka yang tidak ada kencing manis juga dicadangkan mengambil malac atau alac dalam tempoh 3 bulan sekali.Jika menggunkan Malac ,perlu dibuka terlebih dahulu dan di masukkan air panas.Hampas ditinggalkan.
#Posted by jawimedherb

Minyak Murah

Jangan membeli minyak masak murah yang dijual di pasar-pasar sehari.Minyak itu telah digunakan kemudian ditapis dan dimasukan bahan kimia bagi menukarkan warnanya kewarna asal minyak.Minyak ini sebenarnya menjadi sangat beracun(karsinogen)malah kemungkinan bercampur dengan minyak yang digunakan untuk memasak makanan yang haram.Mereka yang mempunyai ketumbuhan,kencing manis dan lainya akan menjadi teruk apabila diteruskan pengambilan minyak sehari-hari.
Dalam Pengubatan Melayu ada meletakan pantang orang yang ada barah mengambil makanan berminyak.Malah melarang memasak makanan dalam rumah dengan menggunakan minyak.
#Posted by jawimedherb

Pork MIxtrad 30 dan daun Bongor

Pork Mixtrad 30 ialah sejenis Insulin yang digunakan kepada pesakit kencing manis yang diambil daripada penkreas babi.Ia juga dikenali sebagai porcine Insulin.Pesakit kencing manis jenis yang pertama(type 1) akan menggunakan insulin ini seumur hidup.
Sampai bilakah kita akan menggunakan sumber yang haram ini sebagai ubat? kajian pengubatan yang lebih serious perlu dilakukan bagi mencari dan menghasilkan ubat-ubatan daripada sumber yang halal.Dalam keadaan kritikal kita terpaksa menerima juga insulin ini bagi menjaga kemudaratan yang lebih besar.
Persoalannya,apakah Allah yang mencipta penyakit tetapi tidak menyiapkan ubat dari sumber yang halal? Bukankah Rasullulah saw bersabda dengan maksud yang jelas bahawa Allah tidak mencipta ubat dari sumber yang haram.
Marilah kita memulakan pencarian ubat yang halal menggantikan porx Mixtrad ini.Salah satu herba yang telah dikenal pasti ialah daun Bongor yang menghasilkan 6.6 unit plantisol yang mempunyai aktiviti kimia sama seperti insulin.Mudah-mudahan herba ini akan menjadi pilihan disuatu hari nanti.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Friday, November 13, 2009

Kencing Manis,Hati Dan Buah Pinggang

Perlu diingatkan dalam perawatan kencing manis kita bukan sahaja berusaha menurunkan glukos dalam darah tetapi perlukan perawatan bersepadu kepada organ-organ yang lain seperti hati dan buah pinggang.
Bagi mengelakan kerosakan buah pinggang kita menggunakan Alac/malac disamping penggunaan teh herba untuk penjagaan hati.Bila kedua-dua organ ini rosak pengubatan herba sukar dilakukan.Pesakit boleh diserang dengan teruk malah akan menyebabkan kerosakan total seluruh badan.
#Posted by jawimedherb

Minyak VCO

Minyak ini dihasilkan tanpa pemanasan tetapi melaui kaedah “minyak pancing minyak”.Minyak asli VCO dimasukan dalam santan dan dibiarkan beberapa lama.Kesanya ,santan akan bertukar bentuk menjadi minyak yang dikenali sebagai minyak VCO.Kelebihan yang ketara ialah untuk perawatan tairod dengan pengambilan VCO dalam bentuk soft gel (2 x 3) selama 3- 6 bulan disamping kapsul senggugut (3 x 3).Minyak VCO juga boleh memberikan tenaga segera selepas 10 minit mengambilnya.Ia juga dapat digunakan sebagai antibiotic kepada kanak-kanak demam disamping memperbaiki pencernaan
#Posted by jawimedherb

Minuman Roselle

Lukimia boleh disembuhkan dengan teh roselle.Sudah banyak penelitian menunjukan kesan positif herba ini dengan pesakit kanser darah(lukimia) walaupun kesan kesembuhannya akan berlaku secara beransur-ansur.IRoselle digunakan diseluruh dunia dan terdapat persamaan data terhadap kesannya kepada penyakit lukimia.
Saya juga percaya ianya baik digunakan untuk penyakit-penyakit yang ada hubungan dengan darah seperti darah tinggi,kurang darah,telesemia,Lukimia dan hemofelia.Walaupun kita masih belum mempunyai data-data yang menyokong kuat tetapi beberapa kes awal yang sembuh cukup memberi harapan kepada penyakit diatas.
Warna roselle juga seperti darah merah yang sangat terang walaupun dimasukan dengan air sejuk.(jangan menggunakan air panas kepada teh roselle).Penggunaan air panas akan memusnahkan khasiat teh roselle.
#Posted by jawimedherb