Thursday, November 26, 2009

Madu Plantisol



Produk ini sangat baik untuk merawat penyakit kencing manis/diabetes.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5


Madu Ardisia (Herba Ghout)



Produk ini sangat baik untuk merawat masalah ghout.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5

Madu Radix



Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5

Madu Coscinium (Herba Resdung)




Produk ini sangat baik untuk merawat masalah resdung.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:
Produk Baru Dari Madu
Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-


1. Madu Plantisol
2. Madu Vitex
3. Madu Radix
4. Madu Paramaria
5. Madu Coscinium (sudah dikeluarkan)
6. Madu Ardisia (sudah dikeluarkan)
7. Madu Cuka
Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba. InsyaAllah.

Madu Asli


Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.
Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.
Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.
Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.
Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.


Komposisi (375 gram per botol) :
Madu Asli diambil dari Timur Tengah
Dos :Sinergikan dengan:-
1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.
2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).
4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.
5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.


Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 23Sabah & Sarawak: RM 27


Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 18Sabah & Sarawak: RM 23


Nilai Mata (NM): 5

Grapeseed Oil Sofgel



Biji anggur mengandungi Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC yang merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi yang penting. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protien terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu.Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.Antara khasiatnya ialah:

* Mengandungi vitamin A, C, E yang tinggi.

* Menurunkan kolestrol.

* Antikanser.

* Antioksidan.

* Antibakteria.

* Menaikkan HDL, baik untuk jantung.Kandungan*


60 (bovine) softgel* Setiap softgel 500mg

Dapatkan segera. Dijamin HALAL 100%.


Harga Pengguna / Harga Ahli

Semenanjung Malaysia: RM 48 / RM 38

Sabah & Sarawak: RMNilai Mata (NM): 12

EQ Minda


PENGENALAN

EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.
Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.


TAKRIF EQ (EI)
Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:
“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”
Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.


RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA
Madu Lebah (Honey)
Badam (Almond)
Habbatus Sauda’ (Black Seed)
kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa’rafan (Saffron)
Halia (Ginger)


PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA
1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.


2. BADAM (ALMOND)
Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.
Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:
35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)20% DV bagi magnesium15% DV bagi phosphorus13% DV bagi riboflavin8% DV bagi kalsium6% DV bagi iron dan zink4% DV bagi asid folik dan niasin


3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.


4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.


5. KURMA (DATES)
Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.


6. TIN (FIGS)
Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.


7. KISMIS (RAISINS)
Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.


8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.


9. HALIA (GINGER)
Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.
Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Evergreen Centella

Makanan Kesihatan Abad Ini!!!


Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!


Khasiat Evergreen Centella (EC):
Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.


Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.


Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).


Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.


Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.


Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).


Komposisi :Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.


Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 55Sabah & Sarawak: RM 60
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 45Sabah & Sarawak: RM 50
Nilai Mata (NM): 15

Madu Bersarang (Honey comb)

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:
#Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
#Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
#Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
#Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
#Sesuai untuk mengelak asid refluk.
#Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
#Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:
Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.
Penggunaan:Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.
“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”



Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 35Sabah & Sarawak: RM40
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 30Sabah & Sarawak: RM 35
Nilai Mata (NM): 10
Berat: 450 gram

Katalog HPA



page #1


page #2
page#3
page#4

page#5
page#6

Keahlian

Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
*Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)
*Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
*Katalog berjilid.
*Perniagaan ini boleh diwarisi.
*Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
*Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
*Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
*Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
*Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
*Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.


Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim MySpace




Gambar:Kit Niaga HPA

Sila Hubungi saya untuk menjadi ahli.Online saja MySpace

Wednesday, November 18, 2009

Tulang Dan Tanah Liat

Tulang juga mempunyai respon terhadap perubahan suhu persekitaran di mana bagi sesetengah orang yang menghidap sakit arthritis akan mula terasa ngeri apabila hari hendak hujan. Ini juga berlaku kepada sesaorang yang menggunakan besi untuk rawatan tulang yang patah.
Anda tentu pernah mendengar kaedah terapi lumpur yang dijadikan bahan untuk melumuri tubuh terutamanya kepada pesakit lumpuh dan saraf. Bagitu juga dengan rawatan menimbus diri dengan pasir laut untuk tujuan kesihatan. Bagi perawatan jawi,tanah liat putih di bancuh dengan air dan di lumuri pada tempat-tempat yang sakit agar cepat pulih terutamanya kes peradangan.
Melumuri bahagian tubuh dengan tanah liat dapat mengimbangi semula kepanasan tulang untuk kembali berfungsi. Tanah liat hitam dan kuning juga boleh digunakan. Batu kawi (sejenis batu kapur merah) juga sering digunakan bagi tujuan yang sama cumanya ia lebih banyak digunakan untuk mengecilkan ketumbuhan.
#Posted by JawiHerbShop

Kulit Jambu Dan Pohon Bongor

Dari kedua pohon ini boleh dijadikan ubat untuk mengurangi sakit bersalin. Kulit yang menggelupas ataupun kulit hidup dari batang dikeringkan dijadikan serbuk. Apabila telah pecah air tertuban,barulah di minum air secawan yang di larutkan serbuk kulit pokok tersebut .Secawan air panas ukurannya dengan satu sudu besar serbuk dari kulit pokok. Boleh juga setiap hari seminggu sebelum tempoh masa bersalin. Kesan yang ketara dilihat ialah proses bersalin menjadi mudah dan cepat. Namun bagitu ianya tidak menggangu rasa sakit untuk membolehkan proses “meneran” itu dilakukan.InsyaAllah.
#Posted by JawiHerbShop

Nasi Lemak Dan Kencing Manis

Awas jika anda gemar memakan nasi lemak ! Nasi lemak mendatangkan mudarat yang sangat besar jika sesaorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan wajib dihentikan serta merta. Keadaan penyakit kencing manis akan menjadi semakin teruk dimana kaki akan jadi hitam,lebam,kebas dan lama kelamaan membengkak diikuti dengan luka lambat sembuh. Akhirnya luka tersebut tidak upaya dirawat lagi maka kaki terpaksa di potong kerana gangren yang sangat merbahaya.
Sebenarnya bukan salah pada nasi tetapi sebab santan. Inilah yang dimaksudkan oleh orang tua-tua dahulu dengan pantun “sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa”. Jika anda masih sayangkan kaki anda,eloklah dihentikan mengambil nasi lemak setiap hari.Satu perkara yang ingin di kongsikan dengan anda semua ialah tentang nasi lemak yang tidak menggunakan santan. Hari ini kita boleh gantikan santan dengan minyak VCO,disamping tidak merubah rasa ,kini nasi lemak telah menjadi makanan yang menyihatkan badan. Selamat mencuba.
#Posted by JawiHerbShop

Grapeseed

Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan grapeseed oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama disekitar kepala. Disamping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.
Selain dari itu tonik pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam disamping mengelakan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah.
#Posted by JawiHerbShop

Hujan Dan Manafaatnya

Hujan yang turun juga berperanan memperbaiki medan eletromagnetik bumi. Hujan akan membetulkan dan mengimbangkan kembali ion berguna(ion negative) agar meujudkan persekitaran selesa pada penduduk bumi. Air hujan juga sangat baik untuk dibuat mandian sekali-sekali terutama ketika hujan lebat dan telah berlalu 30 minit pertama. Titik-titik hujan bertindak seperti urutan pada semua titik tubuh yang akan mendatangkan kesan “deep sleeping”terutama pada malam hari. Pada awal hujan turun, kita tidak di cadangkan untuk mandi sebab kemungkinan besar ia mengandungi asid yang tinggi terutama dikawasan-kawasan perindustrian. Jika terkena tempisan air hujan ,dinasihati kita mandi bagi mengelakan demam dan sakit kepala.
Hujan juga membentuk imuniti yang tinggi pada anak-anak jika mereka dibiasakan dari kecil.Berbeza sekali dengan anak-anak yang ibu bapaknya terlalu control sehingga didapati mereka lebih kerap sakit dibandingkan dengan anak-anak kampung yang bermain upih pinang di tengah hujan. Bagi saya air hujan itu bukan sahaja dikenali sebagai soft water tetapi ia merupakan terapi alam yang berkesan. Paling minimum ia akan memberikan tidur yang berkualiti dan membangunkan system imuniti .Minum kopi panas selepas mandi hujan. Walahua’lam.
#Posted by JawiHerbShop

Musim Hujan,Madu Dan Kopi Diet

Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam,musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu,habatul saudak dan lain-lain lagi.Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini. Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti. InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Musim Hujan,Madu Dan Kopi Diet

Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam,musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu,habatul saudak dan lain-lain lagi.Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini. Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti. InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Ubat Basuh Wanita

Ubat basuh wanita dikeluarkan dalam bentuk ubat periuk yang perlu didihkan. Ianya merupakan persediaan tradisional dalam bentuk asal. Fungsinya untuk keputihan,gatal-gatal dan ia juga digunakan untuk wanita lepas bersalin (basuhan apabila masuk hari ke 40). Disamping itu masyarakat Melayu dahulu menjadikan herba ini untuk mengubati penyakit kencing kerap dan mengecut dan merapatkan sama seperti lady cheer. Kadangkala wanita memerlukan herba ini agar dapat memelihara hubungan intim dengan suami disebabkan faktor-faktor kesihatan dalam dan sulit untuk di ceritakan. Semoga ilmu ini menjadi ibadah .Amin.
#Posted by jawimedherb

Ubat Periuk Semaru

Ubat periuk semaru merupakan ubat periuk pelawas dari jenis musilage iaitu mengandungi lendir yang dapat membantu pergerakan peristaltik usus. Ia sangat baik diberikan kepada pesakit sebagai ubatan awal untuk pencucian kolon. Method pengubatan dengan pemberian ubat periuk semaru sebagai "ubat awal kepada pesakit" telah digunakan oleh keluarga saya dengan jayanya. Mungkin ubatan lain akan menjadi berkesan setelah usus itu dibersihkan.Ia dibuat dari sejenis pokok semaru yang agak sukar juga ditemui dalam hutan-hutan biasa. Ubat periuk semaru tidak menjadikan pesakit itu diare tetapi bersifat laxatif ringan dan berkesan. Ia perlu direbus hingga mendidih dan minumlah 3 cawan teh sehari. Apakah perbezaanya dengan pelawas? Ia mengubati dengan perlahan dan lebih berkesan untuk pesakit yang menderita sejak lama lagi.
#Posted by jawimedherb

Omega Gold

· Mengandungi omega 3, 6 dan 9
· Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.
· Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.
Omega 3
· Omega 3 bagus utk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi,Arthiritis, depression dan penyakit kulit.
· mengandungi EPA dan DHA

EPA dapat menghindari
· Cancer
· Thrombosis (pembekuan/penyumbatan arteri.
· Atherosclerosis (lemak di arteri)
· High cholesterol level (Kolesterol tinggi)
· Heart diseases (Penyakit2 jantung)
· High blood pressure (Tekanan Darah Tinggi)

DHA dapat membantu
· otak berfungsi dgn lebih baik
· Menguatkan ingatan.

OMEGA 6
· Anti inflammatory
· baik utk wanita sebelum haid
· baik utk kulit, kuku dan rambut.

Kombinasi omega 3 & 6 sgt penting utk kesihatan tubuh badan
· Membantu metabolisma gula di dalam darah
· menurunkan kolesterol
· penyakit Autisme
#Posted by JawiHerbShop

Pucuk Betik Dan Spirulina

Dari segi persamaan kedua-dua herba ini digunakan bagi memperbanyakan susu ibu terutama ketika lepas bersalin. Pucuk betik direbus hingga mendidih dan minum pagi dan petang sementara spiruna sudah tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair. Spirulina boleh digunakan bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin. Selain ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi ia juga mengelakan daripada sembelit. Banyak ibu-ibu yang bersalin mengalami masalah sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul besi dihospital. Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari hari dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak. Spirulina merupakan makanan yang paling advance buat masa kini untuk tujuan tersebut dan rugilah bagi mereka yang masih tidak tahu tentang hal ini.
#Posted by JawiHerbShop

Antara Bawang Dan Rokok

Bawang yang dimakan dengan banyak akan mengeluarkan bau yang mengganggu orang lain.Dari Jabir ra berkata: " Rasulullah SAW melarang memakan bawang bakung dan bawang merah,akan tetapi pada suatu waktu kami memerlukanya sehingga kami memakannya. Lalu beliau bersabda : barang siapa yang memakan hasil dari pohon ini yang menimbulkan bau maka hendaklah ia tidak mendekati masjid kami. Ini kerana malaikat akan merasa terganggu dengan apa-apa yang membuat manusia terganggu"(HR Muslim)selain daripada bawang terdapat banyak lagi buah-buahan yang mendatang bau yang tidak menyenangkan seperti jering dan petai. Buah durian juga boleh mendatangkan bau kepada sesetengah orang tetapi wangi pada sisi orang lain. Dalam situasi ini pengambilanya juga tidak seharusnya banyak.Disudut kesihatan buah-buahan merupakan sumber makanan kesihatan yang alami namun bagitu tidak semuanya sesuai terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti pesakit jantung yang sedang mengggunakan ubat pencair darah tidak boleh menggunakan garlic(minyak bawang putih). Bagitu juga dengan buah durian ,tidak boleh diberikan kepada pesakit kencing manis,petai dan jering tidak boleh diberikan kepada pesakit gout dan batu karang.Kita lanjuti perbincangan ini dengan melihat bau dari mulut orang yang menghisap rokok. Bukan sahaja meninggalkan nakotin pada gigi malah lebih parah ia merosakkan gigi dan paru-paru. Paru-paru mendapat sedutan asap yang mengandungi karbon monoksida,tar,zink phosphid,simulasi najis manusia,alkohol dan beberapa bahan kotor dan beracun. Hampir semua fatwa ulamak menyatakan haram. Di kota-kotak rokok di malaysia di wajibkan meletakan gambar-gambar penyakit akibat daripada rokok.Kesan daripada rokok inilah hati menjadi keras lantas mereka bukan sahaja tidak kemasjid,tidak menyukai pengajian ugama, tidak menyukai al- Quran malah hati terus keras dan berdegil bagi menerima Islam secara "kaffah". Itulah sebabnya HPA mengharamkan penggunaan rokok kepada warga-warganya. Sejauh mana keberkesanya? mari kita lihat dalam setiap program HPa..InsyaAllah tidak ada orang yang menghisap rokok..
#Posted by JawiHerbShop

Ubat Gout

Banyak juga pesakit gout yang menghubungi saya dan minta dikirimkan ubatan tersebut. InsyaAllah saya bersedia untuk menghantarnya dengan pos laju agar penderitaanya dapat cepat dikurangi dan di sembuhkan dengan Izin Allah. Namun ada juga yang merungut kenapa harganya mahal , madu lebah dijual dengan harga rm150,00 (3 botol). Disini saya perlu menerangkan mengapa ianya dijual dengan harga tersebut.
1. Madunya mestilah yang tidak mengandungi air(kalau ada dalam peratusan yang sangat rendah.
2. Madu itu di campur dengan herba khas.
3. Herbanya mestilah 100 organik dan pengeringannya tanpa haba tinggi.
4. Persiapannya perlu segera dan memerlukan pekerja khas seharian untuk itu.
5. menggunakan pos laju agar segera sampai
6. Pembuatannya kadangkala mengalami rosak dan dibuat kembali.
Oleh sebab itu . kami akan menghantar hanya sebotol sahaja bagi setiap order dan untuk sembuh ia memerlukan 3 botol insyaAllah . Selepas sembuh ia perlu mengambil (satu sudu besar pagi,tengahari dan malam) selama 6 bulan. InsyaAllah benarlah hadis Nabi "setiap penyakit ada ubatnya".
#Posted by JawiHerbShop

TORCH

Masalah TORCH(Virus Toxo,rubella,cmv,herpes)
Kebiasaanya apabila penyakit ini si ibu tidak boleh mengandung atau jika ia mengandung anaknya tidak membesar dan akhirnya terpaksa digugurkan. Ia mengganggu kesuburan ibu dan kesihatan ibu.Herba yang dicadangkan ialah seperti shark cartilage (3x 3),VCO (3x3) ,roselle dan omega 3. Kopi radix juga boleh di jadikan amalan harian disamping pengambilan spirulina dalam dos yang tinggi.InsyaAllah
#Posted by JawiHerbShop

Koko Dan Teh Hijau

Kedua-dua herba ini baik untuk kawalan emosi namun bagitu teh hijau tidak di berikan kepada ibu yang mengandung sementara koko sebaliknya. Pemberian koko kepada ibu hamil akan memberikan rasa ceria pada hati si ibu dan ini akan mempengaruhi perasaan anak dalam kandungannya. Jika si ibu mengalami tekanan,kesedihan dan kemurungan sewaktu mengandung,anak dilahirkan itu juga akan cenderung kearah itu. Mereka akan jadi pendiam dan suka menyendiri daripada bergaul dengan masyarakat.
Koko radix merupakan minuman yang memberikan keseimbangan emosi termasuk kepada orang lelaki atau anak-anak kecil. Oleh sebab itu koko menjadi salah satu tanaman yang bernilai tinggi terutama dalam situasi dunia yang sedang tegang dengan permasalah semasa. Teh hijau juga mempunyai bahan antioksidan bagi mengelakan belakunya pengaratan dalam tubuh dimana tubuh terdedah kepada penyakit akibat dari lemahnya semua system tubuh badan. Amalan meminum koko dan teh hijau merupakan langkah kehadapan bagi mengelakan diri dari pelbagai penyakit yang kronik.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Air Gamat

Air gamat yang asli memang boleh dijadikan ubat untuk jantung berlubang. Namun ianya amat busuk untuk di telan. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk kanser payu dara dan luka yang sudah memburuk dan membusuk seperti gangren pada pesakit kencing manis. Cubalah untuk minumnya jika itu sahaja jalan untuk selamat dari penyakit yang membawa maut.Jawi Herb Shop (JHS) membekalkan air gamat asli yang mempunyai khasiat seperti di atas dan semoga kita dapat memberikan altenatif kepada pesakit yang sedang menderita berdasarkan pengalaman kita atau orang lain yang lampau.
#Posted by JawiHerbShop

Alergi (Alahan) Udang Dan Ketam

Bila berlaku alergi seluruh tubuh terutama muka membengkak selepas mengambil makanan laut seperti udang atau ketam ,anda boleh mencuba sinergi ini. Selain daripada menghilangkan elergi tersebut, jika ia terus diamalkan anda tidak akan elergi lagi dengan makanan laut. InsyaAllah.Herba-herbanya adalah seperti berikut:-
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex
Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.
#Posted by JawiHerbShop

Kaedah Mudah Menurunkan Kolesterol

Ada beberapa kaedah yang telah diamalkan dalam perubatan jawi untuk menurunkan kolesterol didapati sangat berkesan. Dibawah diberikan sinergi yang boleh di amalkan untuk kesihatan iaitu:-
1. Radix kapsul - 3 x 3
2. Omega 3 soft gel - 3 x 3
3. Minyak zaitun soft gel - 3 x 3
4. Teh herba - 2 uncang sehari.
Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah dalam kegiatan harianya.
#Posted by JawiHerbShop

Betik Dan Kegunaanya Dalam HPA

Betik mengandungi enzim yang dikenali sebagai papain. Enzim ini digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik. Terdapat 2 produk HPA yang menggunakan enzim papain iaitu:
1. ubatan kapsul d kampuca - yang dibuat khusus untuk penyakit kardiovaskular seperti darahtinggi dan jantung. Dos yang dicadangkan ialah 3 x 3 .
2. Syampo Betik - digunakan untuk rawatan rambut yang pecah dan berbuah. Papain benar- benar menjadikan rambut sehat dan kuat.InsyaAllah produk ini berkesan pada pengguna kerana pengaruh enzim papain tersebut dan selamat mencuba.
#Posted by JawiHerbShop

Kencing Manis Dan Perawatanya

Satu lagi sinergi yang sangat baik untuk pesakit kencing manis ialah dengan pengamalan 3 herba iaitu:-
1. Plantisol (cadangan 3 x3)
2. Omega 3 soft gel (3 x 3)
3. Spirulina.(5x 3)
"kadar bacaan gula saya berada diantara 5 mmol/liter - 8 mmol/liter walaupun mengambil makanan yang agak berlebihan" kata saudara Izar Zulkifli dalam KPJ Kuantan baru-baru ini. Beliau mengidap penyakit kencing manis lebih dari 2 tahun sejak umur 25 tahun lagi. Dahulu bacaan kencing manisnya disekitar 12mmol kini telah menjadi normal tanpa bantuan apa-apa ubatan kimia .Alhamdulilah herba HPA benar-benar mujarab dengan izin Allah.
#Posted by JawiHerbShop

Sakit Jiwa Dan Ubat Penenang

Tidak ramai diantara pengedar HPA yang mengetahui bahawa shark cartilage memang baik untuk mereka yang sedang mengalami sakit jiwa dan terpaksa menelan ubat penenang pada setiap hari. Daripada banyak testimoni yang lepas , setelah diberikan kepada pesakit-pesakit jiwa ,mereka sembuh dengan izin Allah.Dalam satu kes yang berlaku seorang pesakit terpaksa dihentikan perkhidmatannya kerana dikatakan mengalami tekanan mental,dimasukan ke hospital dan terpaksa mengamalkan ubat penenang seumur hidup. Ketika saya merawatnya buat kali pertama didapati pertuturanya juga bercelaru,tidak dapat tidur malam dan pupil matanya sangat besar. Selepas tiga hari diberikan shark dia sudah boleh tidur dan beransur-ansur menjadi normal semula. Hari ini sudah lebih dari 5 tahun ,dia tidak lagi mengambil ubat penenang dan boleh berkerja seperti biasa. Syukur.Kes kedua juga berlaku bagitu tetapi berlaku kepada seorang pegawai bank. Mungkin tekanan kerja yang menyebabkan dia mengalami gangguan jiwa tetapi saya yakin sesudah dia mengambil shark,dia boleh tidur dengan rehatnya. Alhamdulilah pesakit tersebut berjaya diselamatkan dari terus tinggal di hospital sakit jiwa.
#Posted by JawiHerbShop

Tulang Lutut Hancur Dan Remuk

Namanya Mohd Yunus dari Parit Raja, Batu Pahat Johor telah mengalami kemalangan pada tahun 2004. Akibat kemalangan tersebut tulang lututnya telah hancur dan remuk dan doktor mencadangkan supaya membuat pembedahan namun tidak dapat berjanji untuk mampu mengatasi masalah tulangnya telah hancur.Oleh kerana itu bagi mohd Yunus dia terpaksa mengambil pilihan berani iaitu tidak melakukan sebarang pembedahan. 6 bulan dia berhempas pulas dengan kesakitan dirumahnya namun bagitu amalanya setiap masa ialah kopi Radix dan kapsul radix di samping menyapu dengan minyak but but. Kini tulang-tulangnya bercantum semula dengan izin Allah.
#Posted by JawiHerbShop

Vitex Untuk Darah Tinggi

Walaupun usianya telah menjangkau 62 tahun tetapi dia masih sihat disamping pengamalan ubatan herba HPA. Menceritakan kesah silamnya , puan Zaitun yang dahulunya mengidap penyakit darah tinggi dengan bacaan 190/80 selama 10 tahun lamanya namun ia tetap percaya suatu hari nanti dia tidak perlukan lagi ubatan kimia yang terpaksa ditelanya sehari hari.Ini benar-benar terjadi,pengambilan ubatan kimia tidak mengubah tekanan darah tingginya selama ini tiba tiba menjadi normal sesudah mengamalkan ubatan herba. HPA Keyakinan inilah yang ingin beliau kongsikan agar pengalaman lampaunya mengamalkan ubatan kimia sejak 1996 sampai 2006 tidak berulang pada orang lain.Beliau tersenyum yakin dengan formula mudah ubatan herba HPA iaitu pelawas,tuju angin dan teh herba. Selepas beberapa lama beliau terus mengamalkan Vitex,vco dan omega 3 dan ubatan kimia ditinggalkan sedikit demi sedikit. Kini sudah 2 tahun beliau tidak lagi mengambil ubatan kimia dan tekanan darahnya kembali normal iaitu 130/80. Testimoni ini diasampaikan oleh beliau sendiri dalam program KPJ keluang 2/6/09 yang lalu.
#Posted by JawiHerbShop

Tuesday, November 17, 2009

Kapur Makan

Ubat tahan sakit boleh dihasilkan daripada beberapa kaedah tersebut seperti:-
1. Kapur makan sebesar hujung jari dimasukkan kedalam segelas air teh biasa . Kacau/aduk- ind dan biarkan dia menjadi bening sebelum diminum.
2. Kaedah kedua pula sama seperti kaedah diatas tetapi menggunakan tangkai kelapa yang tidak ada buah menggantikan teh. Cukup dengan beberapa bilah tangkai tersebut dipotong dan direbus bersama kapur.
Kaedah-kaedah ini sering digunakan untuk menghilangkan senggugut atau sakit gigi oleh masyarakat dahulu dan terbukti sangat berkesan.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Mata ke 3

Pineal gland adalah mata ketiga yang memberikan respon pada cahaya. Kelenjar ini berfungsi untuk mengawal pengeluaran hormone melatonin bagi membolehkan sesaorang itu tidur.
Tidur dalam bilik yang terang merupakan paksaan kepada pineal gland untuk mengeluarkan hormone tersebut dan jarang sekali mendapat deep sleeping. Walaupun boleh tidur tetapi tidak menyegarkan badan apabila bangun keesokan harinya.
Lampu memadai dimalapkan sahaja dan jika mahukan keadaan rehat sepenuhnya ketika tidur jangan lupa mengambil deep cleansing. Halia merupakan herba yang baik untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan dimasukan dalam persediaan deep cleansing.
#Posted by jawimedherb

Madu Corcinium

Ada beberapa lagi produk HPA nampaknya telah mula diedarkan seperti:
1. Rempah ikan dan daging
2. Madu corsinium dan Madu Ardisia
Rempah ikan dan daging mempunyai rasa yang sedap,bersih dan dihasilkan daripada rempah pilihan.InsyaAllah menepati kehendak citrarasa pengguna.Anda boleh mencuba dahulu rempah ini sebelum mengiklankan kepada ahli-ahli dibawah anda.
Madu corcinium pula ialah adunan siap ubat untuk rawatan resdung yang kronik. Mereka yang telah hilang kepekaan menghidu aroma, hidung tersumbat dan bersin pada waktu pagi sebaiknya mencuba herba ini. Bagitu juga dengan Madu Ardisia untuk pesakit gaut yang lebih kuat keberkesananya daripada ardisia.
Pengambilannya 1 sudu 3 kali sehari dan minum air panas apabila mengambil herba-herba ini dan jangan mengambil minuman berais.
#Posted by jawimedherb

Emas Secotet/Ficus Spp

Banyak penelitian masakini menceritakan kelebihan pokok mas secotet. Namun bagitu sejak 14 tahun dahulu HPA telah menggunakan produk ini untuk kesihatan. Nama produk “ficus” telah dimaklumi oleh semua warga HPA untuk rawatan buasir yang berkesan.
Namun bagitu selain daripada itu ficus juga digunakan untuk kencing manis dan darah tinggi kerana ia mempunyai kesan astringen yang kuat. Terdapat pelbagai jenis ficus tetapi yang digunakan oleh HPA ialah “ficus calicarpa” ataupun dikenali sebagai pokok tengkok biawak. Bahagian yang digunakan bukan dari daun tetapi batangnya disamping sinergi utamanya dengan akar sekecut.
#Posted by jawimedherb

Fisalin B Dan Perawatan Kanser

Penggunaan fisalin B atau mikrolenin sebaiknya bermula daripada pertengahan bulan (calendar Islam) iaitu 15hb. Pada ketika itu bulan telah sempurna penuh(purnama) dan akan menjadi kecil (bulan sabit). Pengecilan bulan juga bererti semakin turunnya gejolak hormone tubuh dan ini sekaligus akan juga mengecilkan ketumbuhan.
Pada saat bulan semakin besar,paras hormone juga meningkat di mana ubatan herba tidak upaya untuk mengecilkan sebarang ketumbuhan. Oleh sebab itu bagi pengubatan kanser yang ada hubungan dengan hormone waktu itu diambil kira.
Posted by jawimedherb

Minyak Zaitun Dan Cahaya

Cahaya petunjuk jatuhnya pada hati dimana hati itu berada di Jantung (jantung hati) bukanya liver atau hepar. Cahaya itu datang dari unsur minyak walaupun tidak di nyalakan api dia tetap bercahaya (Rujukan surah Nur) dan memberikan tenaga pada jantung. Pusat energy juga berada pada jantung dan jika jantung itu baik,maka baiklah tubuh badan tersebut. Jantung berfungsi untuk mengepam darah keseluruh badan membawa bersama oksigen dan zat makanan untuk sel-sel hidup. Jika jantung lemah bererti aliran darah juga lemah dan tubuh akan lemah keseluruhanya.
Tujuan utama pengambilan herba ialah untuk menguatkan jantung agar keharmonian terjadi dan gangguan luar dapat diatasi. Herba- herba untuk jantung yang terbaik ialah dari semua jenis minyak tetapi perlu hati-hati jika pengambilan berlebihan ,badan akan menggeletar kerana jantung seolah-olah di arah bekerja sambil berlari.
Produk HPA dalam bentuk minyak adalah seperti : omega 3,grapeseed oil,vitamin e alami,garlic,habatul saudak,EPO dll. Kesemuanya memberikan tenaga pada jantung .
Produk HPA dalam bentuk kapsul juga hampir semua mengandungi minyak sari dari kayu teja yang sangat baik untuk kesihatan jantung terutamanya ubat periuk lohard. InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Pegaga Dan Otak

Daun pegaga tak ubah seperti dua hemisfera otak,iaitu otak kanan dan otak kiri. Ini bererti otak juga diciptakan tuhan berpasangan. Namun bagitu otak juga mempunyai arus eletrik seperti jantung dan dapat disukat dengan alat elektroensefalograf (EEG).
Dalam dunia pengubatan herba , persamaan bentuk juga diambil kira bagi menentukan bahagian tubuh yang hendak diubati. Ini akan membawa maksud pegaga merupakan herba yang baik diberikan untuk kesihatan di otak. Ia termasuklah bagi peningkatan IQ (hafalan dan pemahaman)terutama kepada para pelajar. Secara umumnya herba yang baik di otak mempunyai pengaruh kepada jantung,kulit dan organ reproduktif.
Penyakit yang pernah saya rawat menggunakan pegaga ialah sawan tarik,pendarahan dan menghilangkan pembekuan darah di otak.Oleh kerana pegaga termasuk herba diuretic, banyak testimony yang diterima ,ia juga memecahkan batu karang dalam pundi kencing, demam panas (campur gula batu),rawatan liver termasuk hepatitis dll.
Di HPA pegaga di tanam tanpa kimia bagi mengelakan keracunan dan khasiatnya lebih terpelihara.
#Posted by jawimedherb

Jadam

Salah satu herba yang ada dalam pengubatan Islam ialah jadam. Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai ,jadam tidak lagi digunakan.Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ia akan mengurangi lendir di paru-paru. Ini akan menyebabkan penafasan menjadi lancar dan suara juga bertenaga. Selain daripada itu kegunaan jadam sama seperti alovera dimana ia sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab (laxatif) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga menerangkan mata.
#Posted by jawimedherb

Obesiti Dan Buah-Buahan

Kenapa terjadinya obesity?
Salah satu sebab berlakunya obesity ialah makan pada lewat-lewat malam. Ini sering terjadi kepada mereka yang sering mengisi program pengajian atau ceramah. Apabila tamat program tersebut pehak panitia akan menyediakan makanan kepada penceramah dan jika ini berterusan ia akan menyebabkan berlakunya obisiti.
Di sudut tiorinya jika anda mampu untuk mengantikan makanan malam dengan buah-buahan dan sayur-sayuran,InsyaAllah berat tubuh anda juga akan semakin ringan.Tiori ini akan dapat dibuktikan dalam tempoh masa 45 hari .
Bagaimana dengan riadah?
Paling mudah riadah bagi orang yang obesity ialah berjalan cepat selama 20 minit pada setiap hari. Ia sangat mudah dilakukan tetapi yang susahnya ialah untuk istiqamah. Oleh itu program mengurangi obesity mesti bermula kerana kita memerlu tubuh yang sehat demi perjuangan yang semakin mencabar.
#Posted by jawimedherb

Monday, November 16, 2009

Beras Perang Untuk Anak-Anak

Tingkatkan imuniti anak anda dengan menggunakan beras perang. Bagaimana? Persediaanya sama seperti masak nasi Cuma air ditambah sekali ganda dari biasa. Apabila mendidih, air tersebut diambil dan di jadikan minuman pada anak-anak anda.
Tanda kelemahan imuniti adalah seperti berikut:-
1. Sering demam
2. Sentiasa selsema
3. Susah tidur
4. Kerap menangis
5. Batuk berterusan dan berkahak
6. Panas badan
7. Perut kembung dan lain-lain lagi.
Air beras perang sangat sesuai untuk anak-anak kecil.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Madu Untuk Kencing Manis

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma,cuka apel,cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) .jika keadaan gula masih tidak turun ,boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Warna Urin

Urin dalam tubuh dapat ditentukan mengikut warnanya. Jika warnanya kuning kemerah-merahan menandakan keadaan tubuh yang kekurangan air dan jika warnanya jernih pula menandakan sudah berlaku kelebihan air.Warna urin yang elok ialah kuning muda.Disinilah pengukuranya yang dibuat bagi mengamalkan program detox air 2. 5 liter sehari. Disamping itu terdapat 2 jenis air yang digunakan bagi kes dehidrasi yang teruk iaitu air asam jawa dan air roselle.Kekurangan dan kelebihan air akan menyebabkan sesak nafas,oleh itu warna urin perlu dilihat bagi menentukan kadar air yang cukup dalam tubuh.
#Posted by jawimedherb

Meningitis

Salah satu soalan yang mungkin akan ditanya ialah tentang Meningitis kerana wabak ini kini dikatakan menular di negeri ini.Apakah meningitis? Ia merupakan peradangan di selaput otak dan tulang belakang yang mungkin disebabkan oleh virus,bakteria ataupun mikrob yang lain.Ia juga boleh disebabkan oleh sebahagian ubatan kimia.Tanda-tandanya seperti:-
1. demam
2. sakit leher
3. sakit kepala
4. kecelaruan
5. muntah-muntah
6. sensitif kepada cahaya dan bunyi
Perubatan moden akan memberikan antibiotik atau anti viral dan kadangkala diberikan dengan steroid.Dalam pengubatan herba,perkataan "tis" itu menunjukan peradangan dan sesuatu yang radang berpunca dari kepanasan dari sifat api atau sifat angin.Penawarnya ialah dari unsur sejuk sebagai anti peradangan. Namun bagitu peradangan itu dilihat berlaku dimana? oleh kerana peradangan ini berlaku di otak maka bahagian herba yang berkesan itu mesti datang dari buah,biji,daun atau bunga.Kembali kepada "doktrin of signature" yang menjadi pengecaman tepat menentukan ubat maka pegagalah yang paling sesuai dibandingkan dengan herba yang lain.Teh herba mengandungi 100% pegaga yang boleh dijadikan minuman bagi membantu menguatkan tubuh badan kepada orang yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati dan cadangan saya kita menjadikan minuman teh herba sebagai minuman harian sebagai langkah pencegahan.Namun bagitu jika terdapat tanda-tanda seperti berikut hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ia bersifat acute (cepat bertindak) sementara kelebihan herba tidak dapat mengejar serangan virus yang bagitu cepat.Jangan biarkan masa seminitpun tanpa rawatan kerana penyakit ini boleh membawa kepada kematian.Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak ini dan kita memilih tindakan pencegahan sebelum terkena wabak tersebut.Amin.
#Posted by jawimedherb

Hujung Jari Runcing

Hujung jari yang runcing memang nampak cantik seperti tombak serai. Namun bagitu dari segi kajian genetik herbalogi pula ia membawa makna pewarisan kepada penyakit kencing manis atau darah tinggi. Elok kita mengambil langkah pencegahan apatah lagi jika ahli keluarga telah mempunyai rekod penyakit tersebut.Anda tidak boleh mengubah bentuk jari anda tetapi anda boleh merubah kepada gaya hidup anda. Ini yang lebih penting supaya kelemahan genetik yang ada pada anda tidak menjadi penyakit yang kronik. Pencegahan itu lebih mudah dan murah dibandingkan dengan pengubatan.Darah tinggi dan kencing manis boleh mengundang penyakit berangkai seperti peluru pemusnah berangkai yang memusnahkan semua fungsi tubuh.Amalkan pengambilan plantisol dan teh herba berterusan dan herba memberi perawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Biji Anggur

Biji anggur dan biji apel mempunyai dua sifat yang berbeza dalam dunia pengubatan. Biji anggor boleh dijadikan ubat bagi menghilangkan ketumbuhan dalam tubuh dan menghilang plak di jantung. Minyak black seed oil dari biji anggor hitam telah terkenal sejak zaman berzaman .
Biji apel pula mempunyai bahan yang beracun sama seperti biji betik. Cuma dalam segi kuantiti yang tidak banyak kesan keracunan tersalah makan tidak kelihatan. Elakan dari memakan biji apel. Biji betik pula boleh menyebabkan keguguran kandungan awal sama seperti mengkudu muda.Namun bagitu biji mengkudu pula boleh dijadikan ubat untuk mengilangkan ketagihan dadah/kecanduan nakoba.
#Posted by jawimedherb

Kaedah Pengecutan

Terdapat dua cara bagaimana menghilangkan sesuatu ketumbuhan di kulit iaitu:-
1. Pengecutkan
2. Pemasakan dan pemecahan
Pengecutan lebih baik kerana ia tidak melibatkan darah yang dikeluarkan.Jika kaedah pemasakan dipilih bukan hanya darah malah nanah juga akan turut keluar dalam masa yang agak lama.
Kaedah pengecutan menggunakan pelbagai herba yang “serasi” dengan sesuatu penyakit.Serasi atau tidak diukur dengan rasa iaitu jika pesakit merasa sejuk seperti diletakan ketulan ais menunjukan ia serasi atau sesuai dengan herba tersebut.
Herba-herba untuk pengecutan:-
1. Naga buana
2. Sisik naga
3. Tanah liat putih
4. Akar mertajam
5. Ubi bemban/ubi garut – Indonesia
6. Semalu gajah
7. Akar raya putih/akar pokok sepatu putih
8. Akar pokok kaki merpati
9. Bedak sejuk/bedak dingin- ind
Herba untuk pemecahan pula biasa digunakan cendawan susu harimau dan herba-herba yang lain.
#Posted by jawimedherb

Ketumbuhan Di Dalam

Ketumbuhan didalam tubuh pula diatasi dengan kaedah pengecutan dalam.Pengecutan dalam mestilah menggunakan kombinasi herba yang betul kerana ia agak sukar dilakukan. Sifat herba yang dipilih adalah seperti berikut:
1. Dari jenis umbisi
2. Berwarna terang
3. Salah satu herba yang hendak di sinergikan itu mestilah berwarna hitam.
Jenis-jenis temu seperti temu lawak boleh digunakan tetapi kunyit memberikan kesan yang lebih dibandingkan dengan yang lain.Kunyit di sinergikan dengan lada hitam menjadi ubat untuk ketumbuhan didalam.Produk curcumin merupakan produk hasil sinergi tersebut.
#Posted by jawimedherb

Serangan Virus

Serangan Virus semakin menjadi-jadi ,deman di sana-sini dan banyak sms yang datang kepada saya bertanyakan pemakaian herba dari serangan virus.Produk terbaik masa kini ialah IMT dan sabun dari tanah liat putih.IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia akan menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot(serum) untuk racun ular.Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT.Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba.Jika di goncang 300 kali kesanya menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pemasakan kulit yang mati atau baru di oporasi.
#Posted by jawimedherb

Herba Dan Tempat Tumbuh

Kekuatan herba terletak kepada bumi di mana herba itu tumbuh.Tanah-tanah organik yang tidak ada pencemaran kimia akan membekalkan sejumlah mineral koloidal yang sangat penting untuk tubuh.Mineral-mineral ini ada dalam jumlah yang sedikit tetapi di sel memang diperlukan.Jika tanah telah kehilangan keseimbangan kimia,mineral koloidal juga akan hilang walaupun pokok boleh hidup hanya dengan ujudnya mineral-mineral utama.Satu lagi mineral yang menjadi kekuatan pada pokok untuk tujuan ubatan ialah selenium.Selenium banyak kedapatan di tanah gunung berapi.Di kepulauan Jawa tanahnya amat kaya dengan selenium. Herba seperti daun dewa yang tumbuh di kawasan gunung berapi sangat bermanafaat untuk perawatan kanser kerana mineral tambahan ini.Sesuatu bahan aktif yang terdapat di dalam herba bukannya semestinya boleh terus di ambil oleh tubuh tanpa bantuan bahan yang lain.Contuhnya yang paling mudah ,mineral kalsium dalam sesuatu herba,walaupun kedapatannya tinggi tetapi jika herba tersebut mengandungi asid oksalik ia akan menyekat penyerapan kalsium tersebut.Oleh sebab itulah kita memerlukan keseimbangan tanah bagi tujuan herba ubatan.
#Posted by jawimedherb

Buku Yoga dan Solat

Sekali lagi kita terpanggil bagi menjelaskan bahawa Yoga bukan solat dan solat bukan Yoga.Matlamat ketenangan dalam yoga tidak boleh disamakan dengan sakinah daalam solat.Yoga adalah ajaran atau aliran kejiwaan hasil yang diterap dari kepercayaan hindu.Mereka mendakwa bahawa dengan meditasi mereka berjaya mendapatkan alfa frekuasi iaitu tahap gelombang otak berada pada detik yang sangat relax dan kebahagian jiwa dapat dinikmati.Hal ini merupakan satu proses "ghurur" tipudaya syaitan dalam menyesatkan manusia dengan menjadikan rasa bahagia setelah pengamalnya meninggalkan sunnah dan Al-Quran.Orang Islam yang mengikutinya juga turut terperangkap dalam situasi sihir syaitan ini.Sebenarnya bukan hanya pada yoga yang terdapat proses ghurur ini tetapi juga berlaku kepada aliran sufism yang telah terkeluar dari sunnah nabi.Pendakwaan memiliki kelebihan yang pelbagai merupakan pintu ghurur yang pertama.Murid dibawa kearah merasa takjub pada guru bukanya kepada ajaran Islam.Ucapan guru dianggap keramat dan tidak boleh di tentang kerana akan mengundang bencana.Akhirnya gejala ini menjadi aqidah yang sangat tebal dan bagitu sukar untuk dibetulkan lagi.Semua orang boleh mendakwa mereka benar tetapi ukuranya mestilah kepada sunnah dan Al-Quran.Semoga warga HPA terhindar dari gejala ini.Amin.
#Posted by jawimedherb

Pembetulan Tulang Belakang

Pembetulan tulang belakang (PTB) salah satu kaedah yang sangat berguna dalam dunia perubatan. Ini disebabkan tulang belakang sentiasa berada dalam keadaan tertekan atau pada kedudukan yang berubah akibat aktiviti harian.Tanda yang paling mudah untuk melihat adakah pesakit menghadapi masalah tulang belakang ialah rasa kebas-kebas dihujung jari tangan dan kaki diiringi dengan sakit kepala.PTB dimulakan dengan melakukan perenggangan terlebih dahulu sambil melembut-lembutkan otot yang tegang.Sebahagian otot yang mengikat tulang belakang menjadi tegang dan tulang turut berubah lokasinya(dislokasion).Tindakan menyuruh anak-anak berjalan diatas belakang merupakan sebahagian daripada kaedah pembetulan tulang belakang.Namun bagitu ianya perlu diperlengkapkan dengan beberapa gerakan lembut yang lain.Ilmu PTB diajar di dalam HPA bagi menolong kes-kes yang mampu dibantu dengan kaedah ini.Selepas itu pesakit diberikan herba iaitu:-
pilihan pertama - Herba Tuju Angin + Kapsul RadixPilihan
pilihan kedua - Madu,minyak zaitun dan habatul saudak.Insyalah ,PTB akan menjadi sangat berkesan.Amin.
#Posted by jawimedherb

Selsema Babi Dan Tanah Liat

Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air2. Tujuan menyamak -3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala5. ketagihan dadah - minumsaya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.
#Posted by JawiHerbShop

Daun Serai Dan Senggugut

Apabila anda mengambil batang serai,daunnya jangan dibuang kerana abu dari daunnya (yang dibakar) boleh dijadikan ubat senggugut yang baik.Satu sudu/senduk(ind) besar abu serai biasa dimasukan kedalam segelas air panas dan di kacau hingga terlarut.kemudian biarkan airnya menjadi hening/bening dan minum sewaktu diserang kesakitan.InsyaAllah sembuh.campuran teh dengan kapur makan juga menghilangkan senggugut dalam tempoh tidak sampai 5 minit.Banyak lagi herba yang boleh digunakan untuk senggugut seperti kapur dicampur air didihan tangkai pengasuh buah kelapa dll.Jadi tak perlulah bagi pendapat saya pesakit senggugut menggunakan panadol atau apa jua ubatan kimia.
#Posted by jawimedherb

Migren

Satu lagi testimony yang baik untuk dikongsikan bersama dari peserta KPJ Kuantan yang juga bekas seorang pelajar sijil herbalis yang telah lalu.Beliau yang menghidap penyakit migren ini sudah melebihi 5 tahun bermula dengan tanda-tanda awal seperti mata kabur sebelah,loya,peluh dingin dan sakit kepala yang kuat.
Setelah mengamalkan herba tuju angin(5x 3) dan omega 3 soft gel (5x 3) penyakitnya hilang terus dan tidak berulang lagi.Sinergi ini sangat bertepatan dengan kehendak pengubatan herba iaitu pergabungan herba dan ikan bagi mendapatkan kekuatan ubat 13 kali ganda dari biasa.
#Posted by jawimedherb

Malac Dan Teh Herba

Testimony kedua dalam KPJ kuantan pula ialah menggunakan dua herba diatas dimana malac dibuka 3 kapsul dalam secawan teh herba dan digoncangkan 300 kali.Ini dapat dilihat dari kesan segeranya bagi memecahkan batu karang dalam buah pinggang.
Pesakit akan rasa ingin ketandas sesudah diberikan herba ini dan batu karang akan keluar atau pecah.Sinergi dua herba ini juga sangat baik untuk kesan diuretic dan goncangan 300 kali merupakan kaedah bagi menjadikan herba lebih berpotensi.
#Posted by jawimedherb

Barut 7 Meter

Kini HPA akan mengeluarkan barut yang lebih praktikal digunakan khususnya kepada ibu –ibu selepas bersalin.Barut merupakan satu kaedah dimana mengelakan masaalah masuk angin selepas bersalin.Disamping itu HPA juga mengeluarkan set bersalin lengkap yang mengandungi persediaan herba yang khusus bagi ibu-ibu.Set bersalin HPA sudah teruji kepada puluhan ribu ibu-ibu yang bersalin dan saya mengira kemungkinan besar ada anak-anak itu yang sudah bersekolah.
Pengguna memberi respon bahawa “set bersalin HPA berbeza dengan herba-herba yang lain kerana kita tidak menggunakan rempah ratus seperti kebiasaan.Ia tidak menyebabkan sakit sendi atau sendi menjadi kering.
Barut herba sering digunakan bersama set bersalin tetapi masih ramai yang belum mencuba barut.Ada yang kata “kami malas nak barut lama-lama”.Apapun kesihatan itu adalah hasil usaha kita sendiri dan tidak ada orang yang akan mengingatkan kita pada setiap hari.
#Posted by jawimedherb

Kopi Menjadi Pahit

Penggunaan pokok tongkat Ali yang baru dikeringkan akan memberikan sedikit kesan pahit berlebihan berbanding dengan herba yang telah lama.Ini menunjukan bahawa produk kopi HPA adalah alami dan tidak menggunakan sebarang perasa kopi.Perasa asli dari pokok Tongkat Ali sebenarnya menjadi ubat yang sangat baik untuk peredaran darah dan menjadi factor aphrodisiac seperti Viagra.
Penggemar kopi radix menyatakan sekiranya orang lelaki mengetahui khasiat kopi radix mereka akan meninggalkan semua kopi-kopi yang lain.Persaing kopi radix juga mengakui bahawa “kopi radix juga sama dengan kopi yang lain dari segi rasanya tetapi khasiatnya hanya pengguna sahaja yang menentukan.....”
Dari jumlah analisa penjualan menunjukan penggunaan kopi radix akan menjadi minuman budaya rakyat Malaysia dan biasanya perubahan ini akan menguasai pasaran hingga 100 tahun lebih kehadapan.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Kerosakan Produk

Produk herba sangat sensitive dengan suhu yang panas.Jika dibawa kesana kesini diatas kereta tanpa dikeluarkan saya mendapati produk tersebut akan rosak apatah lagi warnanya.Perubahan warna hijau akan menjadi kuning dan tidak menarik.
Bagitu juga kapsul akan meruap didalam botol menyebabkan ia melekat antara satu sama lain.Silika gel tidak mampu mengawal kelembapan jika produk itu terdedah kepada matahari.Penjagaan produk herba memerlukan kerapian sama seperti menjaga barang kemas dan tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan.
Produk perlu berada dalam suhu bilik atau lebih dingin daripada itu.Setor induk dan cawangan HPA menyediakan tempat berhawa dingin bagi memastikan produk selamat dan tidak rosak.Adalah diharapkan semua ahli/anggota HPA mengambil tanggungjawab bagi menjaga kualiti produk kita bersama.
#Posted by jawimedherb

Jika Batuk Berlarutan

Jika batuk berlarutan kaedah pengubatan ini boleh digunakan iaitu satu sudu madu dicampur dengan 3 titis getah betik/papaya dari buah muda.InsyaAllah batuk akan berkurangan dan jangan makan buah anggur,buah mempelam/mangga,buah timun apabila batuk.Nanti ia akan menyebabkan batuk menjadi semakin teruk/parah.
Madu dengan air limau nipis/jeruk (ind) juga digunakan untuk rawatan batuk.Caranya perahkan air limau kedalam air suam segelas/air hangat.masuk madu satu sudu dan minum 2-3 kali sehari.
#Posted by jawimedherb

Kelebihan Paramaria Plus

1. Membetulkan masalah hormone wanita dan mengandungi pytoestrogen.
2. Mengandungi bahan anti-kanser.
3. Bersifat astringen sebagai anti radang dan ubat darah tinggi.
4. Menghalus dan menegangkan kulit .
5. Menguatkan jantung dan mengelakan serangan angin ahmar.
6. Mengembalikan perca persalinan terutama selepas bersalin.
7. Memberikan tenaga sepanjang hari
8. Mendatangkan keriangan dalam hidup dan mengelakan kemurungan.
9. Menguatkan rahim dan mengelakan keguguran
#Posted by jawimedherb

Plantisol

Plantisol di hasilkan daripada benalu yang telah matang tumbuh diatas pohon jering (daun menjadi kuning).Ia berfungsi bagi penjafgaan kesihatan seperti:-
1. Menurunkan glukosa disamping mengaktifkan semula fungsi pankries.
2. Sumber tenaga alami
3. Ukuran dos mengikut nisbah tenaga yang diperolehi dari plantisol
4. Mengandungi susupan gula alami(sakarin) dari herba.
5. Benalu mengeluarkan sejenis kimia yang mematikan pohon tumpanganya(parasit) didapati sebagai ubatan anti kanser.Namun bagitu bahan ini muncul apabila kapsul dibuka dan dituangkan dengan air panas.
6. Penggantian kepada shark cartilage sebagai anti-kanser.
#Posted by jawimedherb

Herba Diuretik

Air merupakan komposisi terbesar didalam darah iaitu 80%.Namun bagitu jika ginjal tidak berfungsi dengan baik menjadikan kandungan air dalam darah semakin tinggi.keadaan ini menyebabkan berlakunya kesukaran bernafas dan alat bantuan penafasan diperlukan.
Herba-herba yang bersifat diuretic sangat diperlukan untuk kes seperti ini.Produk malac,teh herba,teh asiatika dan health b (HB) merupakan pilihan utama untuk rawatan ini.Bahan utama komposisi produk-produk ini ialah pegaga dan lalang(malac) cuma ada sedikit cara gunanya yang berbeza iaitu malac perlu dibuka kapsul terlebih dahulu dan di larutkan dalam air mendidih.Jika tidak dibuka kapsulnya bahan aktif didalam akar lalang agak sukar diserap.Penggunaan air panas untuk memecahkan dinding selulus dan memudahkan penyerapan oleh tubuh.
#Posted by jawimedherb

Tidak Fokus Punca Stress

Ketegangan berlaku apabila fikiran tidak focus kepada persiapan bertemu dengan Allah sebaliknya paling sibuk memikirkan tentang dunia yang sementara.Dari sini ketenangan akan hilang dari dalam tubuh seperti hilangnya cahaya apabila masuknya kegelapan.
Kegelapan itu akan menghadkan pada akal untuk keluar dari belitan kehendak dan nafsu miskipun dia sedar bahawa hidup ini merupakan perjalanan yang pendek dalam detik yang sangat terbatas.Kegelisahan ini terkumpul dan akhirnya sukar dikeluarkan dengan apa jua jalan pengubatan.Lebih-lebih lagi jika pengubatan itu hanya bertumpu pada sehat fizikal sahaja.Bagaimana tekanan boleh dihilangkan?
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan ketenangan tetapi bukan kebaikan yang dicapai malah tubuh semakin lelah dan aqidah semakin punggah.Hanya ada satu jalan sahaja....bukan dua dan bukan tiga.
Firman Allah
”Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang”

Mengingati disini bukanya duduk berzikir 24 jam diatas sejadah tetapi menjadikan semua urusan hidup bermatlamatkan kerezaan Allah.Di posisi mana kita berada kiblatnya ialah kerezaan Allah.Sakit dan sehat kedua-duanya perlu diusahakan agar mendapat kerezaan Allah.Contuhnya ialah Rasullullah saw ,para sahabat dan orang-orang yang telah mewakafkan seluruh hidup dan matinya untuk Allah.Jika anda masih belum lagi sohih samada berada diatas jalan yang benar atau tidak segerakanlah berdoa agar Allah membuka pintu hidayah bagi mendapat pilihan yang satu lagi yakin .Pilihan ini akan menentukan anda akan stress atau tidak,bahagia atau derita.
#Posted by jawimedherb

Paramaria Dan Kewanitaan

Salah satu pruduk HPA yang berada di pasaran ialah Paramaria plus.Ia terdiri daripada 7 jenis herba yang mengandungi pytoestrogen yang tinggi khususnya bagi wanita.Selain daripada itu ia juga bersifat “astringen” iaitu pengelat bertindak sebagai anti ketumbuhan dan “blood purifier”.
Darah yang tercemar akan meujudkan berlakunya asidosis yang tinggi menyebabkan gelaja seperti keputihan,ketumbuhan,imbalance hormone ,arthritis dan penyakit-penyakit degenerative yang lain.Kebiasaan herba ini disinergikan dengan omega 3 kapsul atau soft gel.
Kajian ilmiah juga membenarkan bahawa pokok larak yang digunakan dalam komposisi terbesar ubatan ini mempunyai kesan pengubatan anti-kanser.Kalau dilihat dari pandangan makroskopik pohon larak (mempisang) ini sejenis pohon yang menjalar/merembat tetapi ketinggian pohon ini boleh sampai 100 kaki jika telah berusia ratusan tahun.Sifatnya yang merembat/menjalar ini menunjukan sifat anti-kanser padanya.
Umur pokok mempisang/larak yang biasa digunakan oleh HPA melebihi 100 tahun dengan ukur lilit 12 inci lebih.Lebih dari 12 jenis spesis ini ditemui di bukit-bukit di Utara Malaysia.
#Posted by jawimedherb

Air Dalam Tubuh

Kebiasaanya mereka yang mengamalkan herba yang bersifat diuretic perlukan air yang banyak setiap hari.Paling kurang 8 gelas hingga 12 gelas(2-2.5 liter)Namun bagitu jika berlaku oliuria (kencing kurang) pengambilan air yang banyak juga mengakibatkan paru-paru akan dimasuki air.Petanda awal dapat dilihat dimana poket water dibawah mata akan membengkak,penat bila berjalan dan lain-lain lagi.
Keadaan ini sebenarnya satu tanda kerosakan buah pinggang akibat daripada pengambilan ubatan kimia yang berterusan.Pada ketika ini air mesti dikurangkan dan pengambilan herba dalam bentuk larutan lebih baik.Bentuk larutan ialah dengan kaedah membuka kapsul atau air rebusan(akar kayu).
#Posted by jawimedherb

Kencing Manis dan Spirulina

Salah satu keistimewa yang ada pada spirulina ialah kerana ia tiada dinding selulus yang tebal.Bagi pesakit kencing Manis ia sangat bermanafaat kerana ia dapat memberikan tenaga segera walaupun dengan keadaan insulin yang sangat kurang.Selain tidak menjadikan pesakit kencing manis letih dan lesu ia juga didapati melindungi sel hati dari rosak.Jika liver telah rosak ia akan menjadikan tubuh tidak boleh menapis bahan beracun pada badan mengakibatkan darah juga menjadi kotor.Buah pinggang juga akan rosak dan akan berlaku keadaan air yang tinggi dalam darah.Penafasan akan menjadi cepat dan orang tersebut menjadi penat.Keadaan boleh jadi semakin serious dimana pesakit akan pengsan dan dimasukan ke ICU.
#Posted by jawimedherb

Kencing Manis dan Alac

Organ yang akan terus rosak bila ada kencing manis ialah buah pinggang.Oleh sebab itu penjagaan buah pinggang perlu dilakukan segera sama penting dengan penjagaan gula dalam darah.Herba yang penting digunakan untuk itu ialah
1. Akar lalang 2. Akar buluh 3. Akar teming
Ketiga tiga akar tersebut memang telah diakui keberkesananya dalam pembersihan buah pinggang.Ubat periuk(alac) mestilah di didihkan dalam periuk tanah.Rendam selama 30 minit dahulu sebelum mendidihkanya .Mereka yang tidak ada kencing manis juga dicadangkan mengambil malac atau alac dalam tempoh 3 bulan sekali.Jika menggunkan Malac ,perlu dibuka terlebih dahulu dan di masukkan air panas.Hampas ditinggalkan.
#Posted by jawimedherb

Minyak Murah

Jangan membeli minyak masak murah yang dijual di pasar-pasar sehari.Minyak itu telah digunakan kemudian ditapis dan dimasukan bahan kimia bagi menukarkan warnanya kewarna asal minyak.Minyak ini sebenarnya menjadi sangat beracun(karsinogen)malah kemungkinan bercampur dengan minyak yang digunakan untuk memasak makanan yang haram.Mereka yang mempunyai ketumbuhan,kencing manis dan lainya akan menjadi teruk apabila diteruskan pengambilan minyak sehari-hari.
Dalam Pengubatan Melayu ada meletakan pantang orang yang ada barah mengambil makanan berminyak.Malah melarang memasak makanan dalam rumah dengan menggunakan minyak.
#Posted by jawimedherb

Pork MIxtrad 30 dan daun Bongor

Pork Mixtrad 30 ialah sejenis Insulin yang digunakan kepada pesakit kencing manis yang diambil daripada penkreas babi.Ia juga dikenali sebagai porcine Insulin.Pesakit kencing manis jenis yang pertama(type 1) akan menggunakan insulin ini seumur hidup.
Sampai bilakah kita akan menggunakan sumber yang haram ini sebagai ubat? kajian pengubatan yang lebih serious perlu dilakukan bagi mencari dan menghasilkan ubat-ubatan daripada sumber yang halal.Dalam keadaan kritikal kita terpaksa menerima juga insulin ini bagi menjaga kemudaratan yang lebih besar.
Persoalannya,apakah Allah yang mencipta penyakit tetapi tidak menyiapkan ubat dari sumber yang halal? Bukankah Rasullulah saw bersabda dengan maksud yang jelas bahawa Allah tidak mencipta ubat dari sumber yang haram.
Marilah kita memulakan pencarian ubat yang halal menggantikan porx Mixtrad ini.Salah satu herba yang telah dikenal pasti ialah daun Bongor yang menghasilkan 6.6 unit plantisol yang mempunyai aktiviti kimia sama seperti insulin.Mudah-mudahan herba ini akan menjadi pilihan disuatu hari nanti.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Friday, November 13, 2009

Kencing Manis,Hati Dan Buah Pinggang

Perlu diingatkan dalam perawatan kencing manis kita bukan sahaja berusaha menurunkan glukos dalam darah tetapi perlukan perawatan bersepadu kepada organ-organ yang lain seperti hati dan buah pinggang.
Bagi mengelakan kerosakan buah pinggang kita menggunakan Alac/malac disamping penggunaan teh herba untuk penjagaan hati.Bila kedua-dua organ ini rosak pengubatan herba sukar dilakukan.Pesakit boleh diserang dengan teruk malah akan menyebabkan kerosakan total seluruh badan.
#Posted by jawimedherb

Minyak VCO

Minyak ini dihasilkan tanpa pemanasan tetapi melaui kaedah “minyak pancing minyak”.Minyak asli VCO dimasukan dalam santan dan dibiarkan beberapa lama.Kesanya ,santan akan bertukar bentuk menjadi minyak yang dikenali sebagai minyak VCO.Kelebihan yang ketara ialah untuk perawatan tairod dengan pengambilan VCO dalam bentuk soft gel (2 x 3) selama 3- 6 bulan disamping kapsul senggugut (3 x 3).Minyak VCO juga boleh memberikan tenaga segera selepas 10 minit mengambilnya.Ia juga dapat digunakan sebagai antibiotic kepada kanak-kanak demam disamping memperbaiki pencernaan
#Posted by jawimedherb

Minuman Roselle

Lukimia boleh disembuhkan dengan teh roselle.Sudah banyak penelitian menunjukan kesan positif herba ini dengan pesakit kanser darah(lukimia) walaupun kesan kesembuhannya akan berlaku secara beransur-ansur.IRoselle digunakan diseluruh dunia dan terdapat persamaan data terhadap kesannya kepada penyakit lukimia.
Saya juga percaya ianya baik digunakan untuk penyakit-penyakit yang ada hubungan dengan darah seperti darah tinggi,kurang darah,telesemia,Lukimia dan hemofelia.Walaupun kita masih belum mempunyai data-data yang menyokong kuat tetapi beberapa kes awal yang sembuh cukup memberi harapan kepada penyakit diatas.
Warna roselle juga seperti darah merah yang sangat terang walaupun dimasukan dengan air sejuk.(jangan menggunakan air panas kepada teh roselle).Penggunaan air panas akan memusnahkan khasiat teh roselle.
#Posted by jawimedherb

Hidung Tersumbat

Masalah hidung tersumbat boleh diatasi dengan garlic dan teh serai.Sinergi ini mempunyai kesan “ekspectoran”pencair kahak dan sangat baik bagi mereka yang batuk .Kesan adanya kahak itu menjadikan pesakit penat dan susah bernafas.Herba ini juga akan mengawal pengeluaran lendir dari rongga hidung,bersin-bersin yang mengakibatkan masalah resdung.
Serai yang biasa digunakan ialah serai kampung bukanya serai wangi kerana serai wangi mengandungi minyak sari yang banyak dan boleh menyebabkan berlakunya iritasi dalam perut.
#Posted by jawimedherb

Periksa Gigi Dahulu

Amalgam ialah tampalan gigi yang boleh menyebabkan keracunan kerana ia mengandungi mercury. Apabila tampalan itu pecah keracunan mercuri akan mengakibatkan kemandulan,keracunan darah,sakit seluruh tubuh,kaku sendi,pelupa,sukar tidur waktu malam,fikiran terganggu dan lain-lain lagi.Amalgam juga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing dan pesakit mendengar suara seperti orang berbisik.
Kaedah yang mudah bagi membuang logam berat ini ialah menggunakan deep C dalam bentuk air(sangat pahit) atau boleh juga dalam bentuk kapsul(produk baru).Disamping itu ia juga boleh disinergikan dengan omega 3,herba tuju angin,pelawas dan teh sepang.
Kesan amalgam juga boleh menjadikan sesaorang itu hilang kawalan diri dan mengalami tekanan perasaan.Dalam pengubatan Melayu pula mereka mengaitkan dengan gangguan makhluq halus kerana penyakit ini tidak dapat dikesan oleh doctor.Jika ada orang yang mempunyai penyakit seperti diatas sebaiknya periksalah dahulu giginya kerana kemungkinan ada tampalan amalgam yang telah pecah .
#Posted by jawimedherb

Herba-Herba Untuk Prostat

Bila prostat membengkak ia akan menjadikan saluran kencing tertutup.Air kecil sukar dikeluarkan dan pesakit akan terasa kesakitan yang amat sangat.Terapi di hospital ialah menggunakan tiup yang dimasukan melalui saluran kencing.Prostat yang asalnya hanya 8 gm kini membesar menjadi 100 gm.Jika peradangan ini dibiarkan ia akan menjadi kanser dan merbahaya.
Bila berlaku pembengkakkan prostat jauhi makanan berlemak dan daging.Makanan yang bergoreng dengan minyak juga perlu dijauhi dan lakukan riadah di waktu petang.Tekanan juga boleh menyebabkan pembengkakkan prostat .
Herba utama yang dicadangkan ialah shark cartilage(buka 2 kapsul,masuk dalam gelas di bancuh bersama air suam 3 kali sehari).
Selain daripada itu boleh menggunakan produk HPA yang lain seperti :-
1. Grapeseed oil soft gel
2. Minyak zaitun soft gel
3. Flaxseed oil soft gel
4. Omega 3 soft gel
InsyaAllah masalah prostat boleh diatasi dengan berkesan.
#Posted by jawimedherb

Jem Nenas

Kelebihan jem nenas HPA ialah kerana ia mengandungi madu dan nenas pilihan.Tidak ramai yang mengetahui bahan bromelin dalam nanas, ubat yang sangat baik untuk buasir,menjadi pelawas dan mengurangi sakit buasir yang telah keluar.Selain daripada itu ia digunakan untuk reumatik,osteoarthritis dan rematoid arthritis.
Biarkan makanan menjadi ubatmu dan ubat menjadi makananmu.
#Posted by jawimedherb

Bila Air Laut Menjadi Pasang

Bila air laut menjadi pasang besar menandakan kedudukan bulan semakin dekat dengan bumi.Hormon dalam tubuh pun turut berubah.Orang yang mengalami gangguan mental menjadi-jadi ketika bulan penuh.Bulan sempurna penuh pada 15 haribulan .Didalam hadis yang berhubung dengan hijamah , Rasulullah saw menyuruh berbekam pada 17,19 atau 21.Kesemuanya ini mempunyai hubung kait dalam dunia pengubatan.Penyakit darah tinggi yang sukar turun darahnya perlulah dibekam.Namun bagitu jika berbekam bukan pada tarikh tersebut tekanan darah tetap tidak akan turun.Oleh sebab itu pilihlah waktu yang tepat jika mahu melihat kejayaan pengubatan melalui Hijamah .InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Pokok Beremi dan Teh Serai

Hari ini ada berita tentang pokok beremi dalam Utusan malaysia atau dikenali sebagai pokok sembilang"Pokok ini mempunyai rupa yang sama seperti pokok urang aring atau pokok kermak itik namun ia tumbuh ditepi laut bukan di tanah kebun.Ia termasuk dalam jenis herba sejuk yang memberi kesan "expectorant" iaitu peluruh kahak.Baik untuk paru-paru terutama mereka yang menghisap rokok.Kahak yang mengental membaluti paru-paru menyebabkan penafasan terganggu.Bila oksigen tidak dapat diambil sepenuhnya ia akan menyebabkan batuk,penat,sakit kepala dan sakit sendi.Terima kasih pada badan pengurusan Persatuan Nelayan Kuala kedah yang telah bersedia membekalkan pokok beremi pada HPA untuk diedarkan.HPA mengedarkannya dalam bentuk jeruk dimakan bersama nasi.Ia juga menjadi penyedap makanan.Selain daripada pokok beremi serai juga mempunyai kesan "expectoran"yang berkesan.HPA juga mengeluarkan teh serai untuk orang yang batuk berlendir.
#Posted by JawiHerbShop

Minuman Elg

Minuman elg merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang(sachet) teh .Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang .Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing,darah tinggi,gout dan batu karang,HPA menggunakan teh elg untuk tujuan anti kanser,atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.Jika produk corcinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman elg yang bersifat dingin.Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas.Apapun elg sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.
#Posted by jawimedherb

Gastrik

Testimoni yang banyak juga kita terima dari pengidap gastrik yang sembuh dengan pengamalan herba tuju angin dan pelawas.Herba tuju angin menggunakan sejenis pokok teja(sama keluarga dengan kulit kayu manis)yang berkesan untuk gastrik dan penyakit kencing manis.Ini juga membuktikan bahawa herba mampu menggantikan ubatan gastrik masakini.Pelawas pula berfungsi untuk mengeluarkan semua hampas yang tidak perlu melalui usus besar agar tidak berlaku penapaian dan pembentukan gas akibat sembelit.Selain daripada itu kapsul Radix juga mempunyai sama fungsinya malah membekalkan sumber tenaga segera seperti kopi radix.Kedua-dua produk ini telah diluluskan oleh kementrian kesihatan sejak tahun 1997 lagi.
#Posted by jawimedherb

Senggugut

Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:
1. Paramaria - 2 X 3
2. Tuju angin - 2X 3
3. Senggugut - 2 x 3
InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%.Disamping itu juga terdapat kes ketumbuhan seperti fibriod yang menjadi semakin kecil.Biiznillah.
#Posted by jawimedherb

Musim Hujan

Musim panas akan berakhir diutara dan kini kita sedang melangkah kemusim hujan.Pertukaran cuaca ini banyak yang akan demam,sakit tekak,selsema,sakit-sakit sendi dan lain-lain lagi.Oleh itu kuatkan imuniti dengan pengambilan kopi radix campur madu dan jika telah demam ambil spirulina kapsul (5 x 3).Boleh juga menggunakan spirumadu tetapi jangan terlalu banyak cukup sehari 3 sudu(3 kali).Jangan minum air ais dalam musim bagini kerana ia akan menyebabkan penyakit menjadi parah dan suara hilang.Buah-buahan seperti tembikai,mangga dan cendawan dikurangkan.Penggunaan IMT sangat berkesan dalam saat ini tetapi perlu diambil dengan teh roselle.InsyaAllah sembuh.
#Posted by JawiHerbShop

Kaca Beling

Kaca Beling atau pecah kaca merupakan sejenis herba yang akan digunakan oleh HPA dalam penghasilan teh ELG/minuman ELG.Herba ini merupakan herba diuretic yang akan
membanyakan pembuangan air kecil .Manafaat daripada teh ELG ialah:
1. Resdung/sinusitis
2. Darah tinggi
3. Pecah batu karang
4. demam
5. Sakit sendi.
5. Mengecilkan ketumbuhan.
Produk ini akan segera berada dipasaran mlm
InsyaAllah
#Posted by jawimedherb

Penyakit Kencing Manis

Penyakit ini merupakan satu penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya jika tidak ia akan menjadi silent killer.Selain daripada ubatan herba seperti plantisol,teh herba ,habatul saudak,Vitex,teh tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan,penyakit KM ini sangat tergantung kepada dua faktor iaitu:-
1. pemakanan
2. kerehatan.
Elakan daripada pengambilan nasi putih,gula putih,roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dll.Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin(pemanis buatan) yang tinggi.Orang yang ada KM memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun.Orang yang belum ada penyakit KM juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit KM jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat.Herba terus diamalkan istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.
#Posted by JawiHerbShop

Sabun Clay

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi.Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi.Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini.Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna.Insyaallah.Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Medan Besi Khursani

Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah.Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan.Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah.Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk kakitanganya.Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam.Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang,otak dan jantung.Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi.Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani?Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa ,besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet(besi berani) sama seperti besi yg lain.Sekali-kali jangan dikaitkan besi ini dengan tujuan ajaib yang lain kerana kepercayaan bagini boleh membawa kepada syirik.
#Posted by jawimedherb

Wafak,Yoga dan Gambar

Berhubung dengan isu "Wafak" yang telah dibangkitkan dan pendirian HPA dalam persoalan ini telah jelas dinyatakan.Jika masih ada lagi perbahasan, saya ingin menyatakan bahawa HPA memilih jalan yang paling jelas bagi urusan-urusan yang terlibat dengan aqidah.Penggunaan wafak benar-benar mrengelirukan umat Islam terutama bagi mereka yang lemah imanya.Sikap berkecuali dalam urusan yang berkaitan aqidah ini tidak menguntungkan ummat Islam apatah lagi disaat negara yang sedang mengalami krisis ekonomi.Bila persoalan ini ditanya kepada Dato Dr Harun Din,beliau menjawab wafak boleh membawa kepada syirik kerana dibimbangi ia menjadi sebahagian dari tangkal yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw.Selain daripada wafak terdapat kepercayaan dengan mengantungkan gambar sesaorang dipercayai boleh mendatangkan rezeki kepada sesuatu peniagaan(pelaris).Ada golongan yang menyatakan hal ini tidak perlu diperbincangkan tetapi bagaimana hati dan perasaan anda bila melihat lebih 50% kedai-kedai makan terutama di Kedah yang mengantungkan gambar-gambar tertentu dengan tujuan pelaris.Mereka mewarnakan gambar hitam putih seorang tokoh kemudian beriktikad bahawa larisnya peniagaan mereka kerana gambar tersebut.Kalau Yoga difatwakan haram kepada orang Islam bagaimana pula kepercayaan tentang urusan rezeki yang ada pada sekeping gambar?Mudah-mudahan majlis ugama Islam Negeri dapat membetulkan pegangan Umat Islam yang semakin terpesong.
#Posted by jawimedherb

Chikungunya

Sekali lagi perbincangan tentang penyakit ini menjadi isu dan saudara boleh membaca tulisan saya yang telah lalu berhubung dengan masalah ini.Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan Malaria ini juga boleh diterapi dengan menggunakan habatulsaudak kerana habatulsaudak terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya.Habutusaudak juga sangat baik untuk batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama minyak zaitun.Jika ditambah sinerginya lagi dengan madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc(masalah tulang belakang)Dalam buku 13 kaedah detox ianya termasuk dalam kaedah pengubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah saw merujuk kepada beberapa hadis-hadis tertentu.
#Posted by jawimedherb

Kulat Susu Harimau

Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar.
#Posted by jawimedherb

Minyak But-But Menghitamkan Rambut

Minyak but-but boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi.Rambut akan menjadi lebat dan hitam.Bagitu juga menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur.Kaedah penggunaanya cukup di sapu sedikit sambil menyampaikannya kekulit kepala.Pengetahuan tentang khasiat MBB sebagai tonik rambut telah lama diketahui dan telah terbukti sejak zaman berzaman.Pada masa dahulu orang menyatakan MBB sebagai minyak MALI bererti minyak untuk rawatan kebotakan.Minyak yang digunakan sebagai base MBB bukan dari minyak petroliumyang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukan kepala.Herba yang terdapat dalam MBB dikatakan menjadi baja(tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sehat.InsyaAllah lihatlah perubahannya selepas sebulan menggunakanya.Amin.
#Posted by jawimedherb

Tekanan Jiwa

Tekanan jiwa merupakan salah satu penyakit yang ada hubungan dengan faktor kerohanian .Akibat dari masalah spiritual yang lemah menyebabkan belaku riaksi imbalance horman dalam tubuh badan.Pesakit sukar untuk tidur pada malam hari dan kadangkala sampai diperingkat ingin membunuh diri.Biasanya pesakit diberi ubat penenang bagi mendapatkan kerehatan dan supaya tidak menjadi aktif.Seperti diatas keadaan ini berlaku kerana masalah spiritual yang lemah oleh itu bagi memperbaiki keadaan hormon tersebut hendaklah memperkuatkan kembali amalan-amalan kerohanian seperti zikir,bacaan quran,majlis ilmu,banyakkan istifar,salawat dan doa.Amalan-amalan ini ada diterapkan dalam program PBC khusus bagi membina semangat hidup baru bersama HPA.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb

Hilang Ingatan

Berlaku dalam situasi seorang pesakit yang mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi yang serious tiba-tiba menjadi hilang ingatan,gelisah,meracau,keluar berjalan dari rumah tanpa disedari dan lain-lain lagi.Pesakit itu sendiri tidak ingat perkara yang berlaku.Situasi ini sering dikaitkan dengan gangguan makhluq halus,saka dan lain-lain lagi.Sebenarnya keadaan ini berlaku akibat daripada pengaruh ubatan kimia yang kini mengganggu buah pinggang.Bila berlaku keadaan ini air sangat kering dalam badan menyebabkan kesedaran mulai menurun.Darah tinggi atau kencing manis yang meningkat gulanya boleh menyebabkan situasi ini.Bila dalam keadaan bagini,beri pesakit minum air yang mencukupi dan sebaiknya menggunakan teh herba dan malac/alac .Jika keadaan pesakit susah tidur pada waktu malam akan menyebabkan pesakit menjadi semakin parah,penggunaan VCO adalah dicadangkan.
#Posted by jawimedherb

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakanya di import daripada India.Ia mempunyai sifat astringen,antiseptik dan hemostatik.Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan,peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi,senguh,sakit atau kelebihan asid urid .Kesan jangkapanjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh.Ini dapat dilihat setelah 1 bulan mengamalkanya.InsyaAllah.
#Posted by jawimedherb